Tuesday, May 21, 2013

Gaya Ala-ala Enam Jahanam


 

Sila jangan betulkan skrin komputer, laptop, tablet atau smartphone anda dengan gambar Ala Enam Jahanam ini. Jika anda perhatikan betul-betul, kami semua bukan Enam Jahanam, kami adalah Enam Qualifier NSC Trip ke Taipei, Taiwan pada tahun ini, 2013.

Sekiranya anda masih mencari peluang kerjaya yang punyai masa kerja yang fleksible, pendapatan yang tiada had serta insentif menarik seperti pinjaman perumahan, kereta, percutian percuma serta peluang membuka perniagaan franchise yang mudah, sertai kami.

Saya sedia membantu. We need to talk!

Perbezaan Antara AirAsia Dan MAS

 

Memang kecoh sejak dua tiga hari lepas isu ibu dan bayi beliau (Izan dan Maryam) yang dihalang untuk menaiki pesawat AirAsia sewaktu berada di Lapangan Terbang HoChi Minh. Ramai yang turut bersimpati dengan nasib dua beranak itu dan ramai yang menganggap AirAsia menganiaya mereka.

Mungkin yang terjadi salah faham dan penumpang seharusnya kena ambil tahu juga pasal undang-undang dan peraturan semasa di lapangan terbang dan menaiki pesawat. Ambil contoh syarat 7 kilo muatan untuk hand luggage yang ditetapkan AirAsia bukan semata-mata kerana untuk mengenakan charge bagasi, tetapi untuk keselesaan penumpang dalam kabin. Bayangkan anda bawa beg size 30kg ke dalam kabin, macamana nak isi diruangan kabin?

Dalam kes demam campak atau mungkin kes demam berjangkit lain, rasanya ia memang ramai yang tahu, jika anda mengidap penyakit demam 'chicken pox' ni pihak Airport tidak akan membenarkan anda menaiki pesawat kerana dikhuatiri akan berjangkit kepada Crew dan Penumpang lain. Ia memang ada tertulis dalam syarat dan peraturan semasa membeli tiket. Mungkin yang ramai rasa tak puas hati cara pengendalian dalam urusan tolak ansur antara pihak terlibat dengan mangsa, mungkin.

Apapun, kita yang tak tahu cerita sebenar, tak payah nak komen lebih-lebih kot. Nanti kita salah fakta. Yang penting, TAHNIAH buat MAS yang menjadi penyelamat dan meringankan masalah mangsa. Thumbs up untuk MAS.

Jom kita lihat apa perbezaan yang MrJocko pernah alami sewaktu menaiki pesawat AirAsia berbanding pesawat MAS.

1. Pesawat AirAsia lebih baru dan cantik dari pesawat MAS.

2. Nak naik pesawat, kalau AirAsia kena naik tangga. MAS pakai 'terowong' terus masuk kabin.

3. Bagasi AirAsia kena bayar, bagasi MAS dapat FREE jer,,, tapi kalau bawa lebih muatan tetap kena bayar.

4. Tempat duduk AirAsia dibaluti kulit, manakala pesawat MAS seat fabrik.

5. Nak makan dalam kabin, AirAsia kena bayar, MAS menyediakan makan dan minum PERCUMA.

6. Pramugara dan Pramugari AirAsia ramai yang muda-muda berbanding MAS ;).

Monday, May 20, 2013

Happy Monday - Wang Banglasia

Ntah siapa la punya IDEA. Siapa punya kepala kreatif yang jumpa perkataan Banglasia di nilai Matawang Ringgit Malaysia. Mulanya ingatkan ini teknik super impose, tetapi selepas MrJocko lipat duit Ringgit Malaysia, MrJocko juma jugak perkataan BANGLASIA.

Ini semua kebetulan sahaja,,, atau adakah ia akan benar-benar berlaku???





Pengalaman Guna Windows8 Aplikasi di Android

Sudah seminggu MrJocko beralih dari B********y dan kini menggunakan Lenovo S890 yang berkonsepkan perisian Android. Pengalaman menggunakan Aplikasi Launcher Windows8 memang menarik. Walaupun ia sekadar Launcher, dan bukan Windows8 sebenar tetapi ia lebih menarik dari perisian lama.






Sebenarnya memang boleh kalau MrJocko pakai Launcher biasa dari Android, tetapi bila lihat Launcher Windows8 memang tertarik dengan widgets dan icon yang ada. Nampak sangat muda dan cool. Maklum la dah lama pakai perisian lama.

Icon yang ada senang digunakan dan MrJocko senang sesuaikan diri dengan Launcher Windows8 ini. Nak tunggu 2-3 minggu lagi, lepas tu nak cuba Launcher untuk Android jenis lain pulak. Ada idea, launcher mana yang best untuk Android???

Sunday, May 19, 2013

Teaser Seminar Buat Duit Dengan Blog Denaihati


 

Pagi ni atas pujukan rayu dan feedback yang bagus dari Bro Eyriqazz, akhirnya MrJocko daftar Seminar Buat Duit Dengan Blog di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Sudah pun sampai sini dan kelihatan memang ramai peserta yang tengah beratur untuk mendaftar. Bila masuk ke dewan, memang full house. Ramai peserta yang sebenarnya berminat untuk mengetahui Cara Buat Buit Dengan Blog.

 


 

Cerita dan review seminar Buat Duit Dengan Blog Denaihati akan MrJocko akan kongsikan dalam entry akan datang.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998