GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

My Cute Daughter, Khalish

Setelah dipujuk rayu, akhirnye my cute daughter setuju nak interframe herself kat sini. Ni la buah hati aku. Aku dan wife called her Khalish yg bermakna Suci Murni. Khalish dah nak masuk 9 bulan. 

Makin lama makin cute la aku tgk, maklumla, anak bapak. Hehehe. Start minggu lepas dia dah masuk era merangkak. Skang tgh susah payah nak berjalan. Aku cam biasa pantang ader cuti, aku memang bawak pegi jejalan. Cerita pasal kelahiran dia aku rasa agak unik gak. pasal, ceritanya walaupun masa wife aku tgh sarat, kami planned nak bersalin kat Pantai Medical Centre Bangsar. 

Kebetulan arwah nenek aku meninggal masa wife aku tgh sarat. Due sepatutnya lagi seminggu. Kerana kes emergency, aku terpaksa balik ke kampung aku, Kelantan. Nak tinggal wife aku sorang2 kat KL lagi aku rasa tak selesa. Terpaksa la aku bwk dia balik slps dia setuju nak ikut. Alhamdulillah masa perjalanan 8 jam dr KL ker Kelantan takder masalah. Aku ambik jalan KL-Karak-Gambang-Kuantan-Kemaman-Kuala Terengganu-Kelantan. Kot kot ader hal, senang nak cari Klinik, compared jalan Gua Musang.

Setelah selamat kebumikan arwah nenek aku, aku bersiap nak balik KL on Thursday (aku sampai Kelantan on Wednesday night). Aku terpaksa batalkan hasrat balik KL kerana dpt tau anak sepupu aku, Abg Lie meninggal kerana demam panas setelah 1 bulan kat Hospital Kubang Kerian. Aku akur, dan terpaksa apply cuti sehingga Jumaat. Namun, kesedihan Abg Lie berganda bila nenek dia pun pergi mengadap Ilahi setelah lama menderiat sakit tua pada hari Jumaat. 

Memandangkan kami pun rapat dengan arwah, aku pun turut merasai kesedihan tersebut. Arwah, dan arwah Datuk dan Nenek aku antara orang terawal membuka tanah pertanian dan Kampung yg di diami skang di Bachok. Aku sabar menunggu biar semua selamat. Akhirnya aku sepakat dgn wife nak balik on Sunday morning. Kami bersiap awal, selepas subuh. Tapi kerana sedikit masalah, kami siap pada jam sekitar 8pagi. 

Sebelum pegi, mak aku suruh sarapan dulu. Kemudian aku bersiapangkat barang ke dlm kereta dan panaskan enjin. Tiba2 wife aku panggil aku, dan katanya dia rasa semacam. Mak aku terus mencelah dan menduga yg wife aku dah tiba masa. tanda2 lain memang takada. Aku sedikit panik. Aku trus called 103 tanya Hospital Pakar di KB. Setelah disambungkan, aku pastikan yg dia menerima GL dari syarikat tempat aku kerja. Alhamdulliah, katanya “Datang jer”. Aper lagi, aku ambil aper yg perlu. 
Wife aku duduk di seat blakang dgn mak aku. Adik pompuan aku ikut sama. Terus aku pandu ke Hospital Pakar Perdana KB. Perjalanan 20 minit tu aku rasa agak lama. Walaupun keadaan tak jammed, tapi aku cukup risau. 

Nasib menyebelahi kami, sampai terus aku bwk ke kaunter emergency. Yg klakarnya wife aku trus bangun macam tak ada apa apa berjalan ke kaunter sampaikan Nurse pun naik hairan dan tanya aku “Siapa yg nak bersalin?”.

Aku check in, dan trus nurse membawa wife aku ke bilik bersalin. Aku pulak, sibuk called mak mertua aku kat JB, akak ipar aku kat KL dan sedara lain bgtau yg wife aku dah sampai masa. Belum sempat aku habiskan ayat, aku dah terdengar tangisan Baby. Nasib baik, mak aku ada bersama2 wife aku kat bilik bersalin. Alhamdulillah. Senang wife aku bersalin tak sampai 30 minit. Masuk jam 10.15 pukul 10.30pg dah delivered. Selang 5 minit, aku masuk, say thank you kat wife aku. 

Lepas tu, aku masuk ke Bilik Baby setelah dimandikan dan di lettakkan di bawah lampu, aku mintak izin Nurse dan Doktor, aku bisikkan Iqamat ke telinga dia. Mas tu, mak aku ader sebelah. Dan, hari tu, 22 Mei 2005, secara rasminya aku bergelar seorang bapa.

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.