GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Anak2 Yatim & Miskin Kg Manjoi

Ahad petang, aku dan member aku Suhaidi, berkesempatan ke Kg Manjoi, Ipoh. Kami sempat melawat En Khairul dan anak2 yatim dan miskin di Pusat Jagaan Anak2 Yatim dan Miskin Kg Manjoi, Ipoh. Pusat Jagaan ini didiami oleh seramai 35 orang anak2 yatim dan miskin terdiri dr 24 lelaki dan 11 perempuan berumur dr 3 tahun sehingga 18 tahun.

En Khairul sepenuh masa memikul tanggungjawab menjaga dan menguruskan anak2 yatim dan miskin ini dlm semua hal. Di bantu oelh beberapa orang sukarelawan, En Khairul jugak bertindak sebagai Penjaga kepada 35 org anak2 istimewa ini.

 

Kami mewakili kawan2 dari Bank Negara, telah menghulurkan sedikit bantuan kepada pihak mereka, berupa barangan keperluan dapur dan makanan serta duit tunai. Terima kasih kepada penderma2 budiman.

 

Aku bersama En. Khairul, penjaga Pusat Jagaan Anak2 Yatim & Miskin di Rumah Anak Yatim Manjoi, Ipoh ini. Melihat beliau yang cekal, aku terasa semangat untuk belajar membantu mereka-mereka yang memerlukan. InsyaAllah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.