GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

BALI Trip Memory Part 3

Bangun cam biasa, seawal jam 7.00am. Dah nak kena siap utk bfast. Masa kat cafe, aku tgk cam muka smlm jer. Plus, ader la ramai Japanese yg baru nak sarapan. Memandangkan Hotel Risata ni owner dia Japanese, aku agak, promote baik kat Japan, tu pasal la sini ramai geng2 dia.

 

Hari ni ader makan sosej ayam. Sempat gak aku tanya budak hotel tu halal tak? “Halal pak” di jawap. So, aper lagi, makan jer la. Sambil aku top up dgn 2 bijik telur mata. Cicah sos & sayur.

 

Dr Hotel, kami trus ke tempat Barong Dance. Yg ni pun kira budaya org Hindu Bali berdasarkan citer dr kepercayaan mereka. Aku lupa lak jalan citernya. Cuma seingat aku, citer dia berdasarkan konsep baik melawan jahat. Akhirnya yg baik menang. Gitu la lebih kurang. Korang nak tau lagi details, korang google sendiri. Kalau malas google, korang beli jer tiket ke Bali. Aku pasti korang tak nyesal..
.

 

Slps show yg hampir sejam tu beakhir, kami trus menuju ke UBUD. Kawasan pertanian. Hasil utama di sini adalah padi bukit. Scenery kat sini memang cantik, cuma tak kesempatan nak turun masuk ke sawah padi tu utk ambik gambar. Kiri kana kami penuh dgn sawah padi. Bertingkat2 tak sama dgn yg ader di Malaysia. Kata Mario, diorang bleh buat padi sehingga 3 kali setahun. Bayangkan lah, padi tanah tinggi, camana sistem pengairan dia? Sure diorang pakai sistem tradisional yg begitu efektif. Di Malaysia sempat buat 2 kali jer setahun.

 

On da way nak ke UBUD, kami singgah di Taman Ayun. Di sini ader Temple Kerajaan yg femes. Mungkin ni taraf sama cam pusat ibadah kerajaan di Malaysia. Nampak simple sajer, tp di jaga dgn rapi.

 

Kami singgah makan di restoran Puchung. Ala buffet. View makan sambil mengadap scenery padi bukit yg menghijau. Kebetulan time tu kabus penuh, nampak cam sejuk mata memandang. Tak puas betul.

 

Kami singgah makan kejap jer. Dr situ trus menuju BEDUGUL. Kawasan ni ader satu temple yg lagi unik. Gambar Temple di Bedugul ni, menjadi latar bg nilai duit Rupiah 50,000 Indonesia. Kalau korang ader, korang try tengok. Temple ni ala2 terapung atas tasik kedua terbesar di Bali. Sekitar kawasan ni unik jugak kerana di tempat yg sama, punyai 3 pusat ibadah seperti Temple, Kuil dan jugak Masjid. Majoriti masyarakat di Bedugul plak adalah Muslim. Di sini memang byk buahan dan sayuran. Kami nak beli, bukan bleh bawak balik KL pun, stakat nak makan biasa jer KL pun ader kan?

 

View kat Bedugul ni memang best. Pasal kawasan bukit bukau. Kena lak ader tasik, view nampak sejuk jer. Dah puas jalan2 sambil ambik gambar, baru la trus ke berdezup ker Tanah Lot. Tempat yg cukup femes kalau di Bali. Terkenal dgn tarikan budaya hidup masyarakat Bali di tepi laut.

 

Sekitar 4.30pm kami sampai Tanah Lot. View memang cantik. Dr tempat tinggi, bleh tgk budak2 duk surfing di sebelah kanan. Sebelah kiri plak, pusat ibadah terkenal masyarakat Bali iaitu Cliff Temple. Kat sini korang bleh tgk tarikan Holy Water bg masyarakat Bali, serta Ular Laut yg konon menjaga Temple.

 

Sebelah atas adalah tempat shopping. Byk tshirt murah, kraftangan, gifts dan mcm2 lagi. Janji bwk duit jer. Memang tak cukup masa 2 jam kami kat situ. Smua brg rasa cam nak beli jer. Sib baik la poket tak penuh.

 

tempat_menarik_di_bali

Abis shopping, baru la kami ke last point. Kami ke Restoran Jali-Jali. Masakan ala Sunda Jawa dan terkenal di BALI GALLERIA Shopping Mall. Kat sini la byk parfume, candies, shirts dan mcm2 lagi khusus bagi foreign tourist cam Japan atau Europe. Kat situ gak ader Planet Hollywood. Nak masuk dine takut tak halal lak. Nak shopping, mahal kot, singgah ambik gambar jer la.

 

Dah kenyang, dah puas jalan2 baru la sampai ke extra aktiviti. Kami decided utk second Spa & Massage. Kali ni, excited sgt pasal yg ni termasuk body scrup, spa, foot & body massage. Tak penah aku buat kat KL. Ambik pakej honeymoon, murah jer. Korang sure tak caya dgn harga yg kami dapat. Selamat 2 jam lebih, memang syiok sampai aku lupa nak ambik nama Spa tu.

 

Dah abis treatment, pihak Spa hantar kami balik ke Hotel. Dr tempat Spa tu, Sanur, kira2 30 minit lagi nak ke Kuta. Jauh gak tu. Lps van drop 1st couple kat Dewi Sri Hotel, aku mintak ngan supor tu singgah kat Legian kejap. Aku nak ambik gambar, tempat Memorial Bom di Bali. Sib baik sempat singgah. Kalau tak, esok sure kami kempunan. Di situ, dah di buat balik jalan raya dan dibuat bulatan exactly tempat tragedi Bom di Bali pada 12 Oktober 2002. Kawasan Ground Zero memang tidak dibina bangunan baru. Mereka biarkan kosong. Dgr nya pub yg hancur itu musnah sama sekali dan mengorban kan 200 pelancong luar dan hampir 500 yg lain cedera teruk dlm kejadian itu. Lps menyusur sekitar jalan2 legian, tak hairan la kenapa boleh jadi mangsa pengebom. Korang sendiri la saksikan. Aku tak nak citer.

 

Trus ke hotel, aku & wife berkemas seawal mungkin. Tak nak esok kelam kabut. Dah abis kemas, baru la mandi dan tido. Lena betul tido lepas kena urut ni,,, nyaman jer…

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.