ke PASAR TANI Carboot Sale Shah Alam

Hits: 28

Kalau dulu Pasar Tani Shah Alam ni di panggil CarBoot Sale Shah Alam. Pasal time tu, byk penjual menjual brg2 terpakai, (used) seperti aksesori kereta, hiasan rumah, baju bundle, mainan, buku2 old issues dan macam2 lagi.

 

Itu dulu, dalam 10 tahun lepas. Sekarang tempat ni dah jadi Pasar Tani. Kalau dulu size kecil, sekarang dah besar. Hampir memenuhi 1/3 ruang parking kereta yg ada si kawasan Stadium Melawati Shah Alam.

 

Bermula seawal 7.00pagi, Pasar Tani Carboot Sale Shah Alam ini habis dlm sekitar kul 1.00ptg. Aku suka ke sini kerana aku suka makan. Kat sini, korang sebut jer nak makan aper, boleh kater semua ada. Nasi Dagang, Kerabu, Minyak, Beriyani, Tomato, Himpit, Pulut dan segala jenis nasi. Lauk ayam panggang, bakar, pedas, sup, kari, rendang mcm2 ada. Segala jenis kuih plak, seperti Akok, Bahulu, Telinga Keling, Murtabak, Kuih Lapis, Kek dan lain2. Kueh Teaw, Mee, Meehon, Spageti, Laksa smua ada. Bak kata korang nak makan masakan negeri mana skalipun, korang bleh pilih.

Nasi Kerabu aku

 

 

Kalau nak cari barang dapur, ayam, daging, kambing, tulang, ekor lembu, udang, ikan, ketam smua ader kat ujung Pasar Tani. Buahan korang pilih dan bawak duit jer, murah2 dah segar.

Sebelah tengah pasar plak, penuh dgn baju2, hiasan umah, bags, aksesori dan alatan2 yg korang sure nak beli punya.

 

 

Kalau nak beli keta, bleh singgah di gerai sebelah tepi. Jgn kater Proton, Perodua, Kia ader, Naza ader, Nissan ader, Toyota ader, smua yg korang nak, smua ada la.

Dah abis citer pasal Pasar Tani Carboot Sale Shah Alam ni, nak citer lak pasal aku kat Pasar Tani. Lepas jer bfast, aku trus ke hujung kat tempat jual kereta. Aku singgah pasal dah lama nak try treatment rawatan Resdung. Aku ader resdung kah??? Tah la, aku penah tengok orang buat dan keluar hingus hitam dan berdarah. Eiii geli, tp kalau tu cara berubat, aper salahnyer kan? So, aku nak try la ni…

 

 

Masa aku sampai, ader sorang jer mamat sebelah aku. Ok la, tak ramai. Aku pun terus, mula2 dgn kapas Cutton Buds letak dlm telinga. Masa tu Cutton Buds tu ader cecair ubat entah apa. Tapi yang sure bila aku letak dalam telinga, aku rasa macam benda meletup2 dalam telinga, tapi dengan bunyi yang slow. Ngeri gak ni.

 

 

Lepas 5 minits baru la aku di suruh sedut habuk ke dalam idung. Kedua2 idung. Masa ni la, mata aku dah berair, pedih, menusuk sampai tekak. time tu gak hingus aku dah start meleleh,,, Aku kena tunduk, tak tahan,,, selang 10 minit aku perasan cecair hingus aku dah jadi hitam dan ada darah. Yucks,,,

 

 

Walaupun aku geli, terpaksa la aku tahan, hingus aku gak kan?

Hampir setengah jam, baru la aku di suruh hembus keluar hingus yang ader sampai abis. Lega… Lepas dapat ubat baru la kena bayar RM60. Erk!!! Mahal nyer,,,

 

Sib baik aku dah cover pakai tisu

 

Wife aku yang tadi mula2 ader sebelah, baru aku prasan dah tak der. Gi beli air, dahaga & panas duk tunggu aku buat treatment kot??? Lama tu hampir 45 minit. Aku pun naik lenguh. Tp bila tgk benda asing dlm idung aku kuar, rasa puas lak…

 

 

So, saper nak try ???

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.