Glamorous Travel Blogger

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

Beli Perabut di Wescourt

Nak share sikit kisah aku beli perabut di Wescourt, Jalan Kuching berdekatan dengan Tesco Extra Selayang. Bila di fikirkan balik memang panas hati. So, meh aku share kisah beli perabut di Wescourt ni. 

Bermula cerita, bulan Februari aku hantar perabot-perabot lama aku balik kampung. So, kira separuh umah dah kosong. Kena isi dengan perabot baru. Cadang memang nak beli sedikit perabut.

Jadi bulan lepas, sebelum aku cuti-cuti ke Korea Selatan, aku pegi kedai perabut yang bernama Wescourt ni. Ni semua pasal terpengaruh dengan iklan-iklan perabut Wescourt kat paper Harian Metro yang duk tunjuk harga barang-barang perabut mereka ni murah. Ok fine… memang ada harga perabut kat Wescourt ni murah.

 

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

Iklan Perabut Di Wescourt

 

Aku singgah ke kedai perabut Wescourt Selayang, satu row dengan bangunan Bank Rakyat Selayang, Old Town White Coffee yang terletak di Jalan Kuching. Senang jer nak cari kalau korang dah kat area Jalan Kuching.

Masa kat Wescourt, kami tertarik dengan beberapa barang, so, kami bayar deposit dan beli 4 barang termasuk Wardrobe, Meja Makan, Katil kanak2 dan juga Rak TV.

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

 

Selang beberapa hari lepas balik dari Korea Selatan, aku pegi bayar full dan Wescourt inform delivery pada 26 April, lagi 2 minggu. Aku malas nak ambik kisah, aku OK jer pasal tak urgent pun.

Masalah bermula bila staff dari Wescourt call cakap delivery kena tunda ke 27 April, esoknya. Aku kata OK. Kisah nak delivery perabut yang dah dibayar belum lagi habis setakat tu.

Alih-alih kemudian, staff Wescourt kata delivery kena tunda lagi, alasannya mereka cakap malam kul 8.00pm diorang dah penat. Menyirap la darah aku.

Kenapa aku marah? Sebab, mula-mula cakap nak hantar hari tu, minta aku suruh aku balik umah kul 7.00pm. Aku punyalah balik cepat semata-mata takut orang yang hantar perabut tu sampai dulu aku tak ada kat umah.

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

 

Dah la mamat Bangla tu marah aku pasal dia kata aku tak cakap umah aku kat Segambut. Aik,,, dalam resit aku tulis penuh address, siap Poskod lagi. Sekali lagi aku bengang, aku bayar ko hantar barang aku, ko plak yang nak arah aku macam-macam. Cilakak betul!

Hampir sebulan nak hantar barang2 yang aku order ni sesuatu yang tak best. Tobat dah, aku tak nak beli barang dengan Wescourt lagi. Barang nampak cam ok, cuma servis lembab betul. Dari barang yang aku order kejap ada, kejap takde, pastu delivery cam harem. Ada ke suh aku balik umah time Solat Jumaat kul 2.00pm pasal diorang nak hantar barang, sedangkan mula2 dah bagitau aku nak hangat kul 8.00pm.

Cukup la sekali, no more perabut Wescourt atau berkaitan dengan Wescourt.

p/s: ingatkan aku jer kena, rupernya Kuang pun kena jugak. Caplesss punya Wescourt

5 Comments

  1. May 19, 2011    

    br nak beli tilam yg rm1k tue..agak2 brape lame smpi..haih..

  2. May 27, 2011    

    huhu..alolo..sedih nya baru baca blog ni hari ni..actually saya pun ada pengalaman ngn wescourt ni..patutnya dorg deliver sofa+almari hari ini..mereka siap call lagi hari sebelum tu..tapi,hari ini tunggu dari siang sampai ke malam..barang yang ditunggu tak sampai-sampai pun.. T_____T try call hp org yg call smlm tu dia x angkat, lpas tu masuk voice mail lak…wuuuuuu.

  3. March 16, 2012    

    walaupun murah, pas ni saya tetap tak akan beli lagi dari Wescort

  4. January 3, 2013    

    alamak pengalaman xbagus ye..haritu penah gak kita p wescourt..tp xbape bekenan..so xjadi beli..

    anyway salam pekenalan..

  5. January 3, 2013    

    sebelum beli,,, itu salesman muka banyak manis,,, lepas beli, banyak songeh la,,, itu la, postponed la,,, delayed penghantaran la,,,

    kita lak nak kena ikut date dia,,, :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Advertising

MrJocko Fanpage

MrJocko Instagram

MrJocko Twitter

MrJocko’s Chat

MrJocko Archives

Community

Travel Blogs
blog directory Kedai Backlink,Backlink Percuma