Glamorous Travel Blogger

Aku takkan beli perabut Wescourt lagi,,,

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

Beli Perabut di Wescourt

Nak share sikit kisah aku beli perabut Wescourt, Jalan Kuching berdekatan dengan Tesco Extra Selayang. Bila di fikirkan balik memang panas hati. So, meh aku share kisah beli perabut di Wescourt ni. 

Bermula cerita, bulan Februari aku hantar perabot-perabot lama aku balik kampung. So, kira separuh umah dah kosong. Kena isi dengan perabut baru. Cadang memang nak beli sedikit perabut.

Jadi bulan lepas, sebelum aku cuti-cuti ke Korea Selatan, aku pegi kedai perabut yang bernama Wescourt ni. Ni semua pasal terpengaruh dengan iklan-iklan beli perabut Wescourt kat paper Harian Metro yang duk tunjuk harga barang-barang perabut mereka ni murah. Ok fine… memang ada harga perabut kat Wescourt ni murah.

 

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

Iklan Perabut Di Wescourt

 

Aku singgah ke kedai perabut Wescourt Selayang, satu row dengan bangunan Bank Rakyat Selayang, Old Town White Coffee yang terletak di Jalan Kuching. Senang jer nak cari kalau korang dah kat area Jalan Kuching.

Masa kat Wescourt, kami tertarik dengan beberapa barang, so, kami bayar deposit dan beli 4 barang termasuk Wardrobe, Meja Makan, Katil kanak2 dan juga Rak TV.

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

 

Selang beberapa hari lepas balik dari Korea Selatan, aku pegi bayar full dan Wescourt inform delivery pada 26 April, lagi 2 minggu. Aku malas nak ambik kisah, aku OK jer pasal tak urgent pun.

Masalah bermula bila staff dari Wescourt call cakap delivery kena tunda ke 27 April, esoknya. Aku kata OK. Kisah nak delivery perabut yang dah dibayar belum lagi habis setakat tu.

Alih-alih kemudian, staff Wescourt kata delivery kena tunda lagi, alasannya mereka cakap malam kul 8.00pm diorang dah penat. Menyirap la darah aku.

Kenapa aku marah? Sebab, mula-mula cakap nak hantar hari tu, minta aku suruh aku balik umah kul 7.00pm. Aku punyalah balik cepat semata-mata takut orang yang hantar perabut tu sampai dulu aku tak ada kat umah.

Aku takkan beli perabot Wescourt lagi,,,

 

Dah la mamat Bangla tu marah aku pasal dia kata aku tak cakap umah aku kat Segambut. Aik,,, dalam resit aku tulis penuh address, siap Poskod lagi. Sekali lagi aku bengang, aku bayar ko hantar barang aku, ko plak yang nak arah aku macam-macam. Cilakak betul!

Hampir sebulan nak hantar barang2 yang aku order ni sesuatu yang tak best. Tobat dah, aku tak nak beli barang dengan Wescourt lagi. Barang nampak cam ok, cuma servis lembab betul. Dari barang yang aku order kejap ada, kejap takde, pastu delivery cam harem. Ada ke suh aku balik umah time Solat Jumaat kul 2.00pm pasal diorang nak hantar barang, sedangkan mula2 dah bagitau aku nak hangat kul 8.00pm.

Cukup la sekali, no more beli perabut Wescourt atau berkaitan dengan Wescourt.

p/s: ingatkan aku jer kena, rupernya Kuang pun kena jugak, HAMPESS punya Wescourt

Similar posts
  • Sindrom Jadilah Seperti Rashid dan Mr... Beberapa hari ni timbul kisah cerita di Facebook, cerita viral kisah si Rashid, ia mungkin boleh dianggap Sindrom Jadilah Seperti Rashid. Siapa Rashid? Setakat ini tiada siapa yang tahu, mungkin kah dia pengganti Amran Fans?  Ada banyak juga yang betul dalam apa yang diperkatakan oleh ‘Jadilah Seperti Rashid’. Sebab itu ramai yang berinspirasi untuk jadi seperti [...]
  • Bila Mahukan Tenaga Lebih Saya Minum ... Saya adalah seorang yang agak aktif dalam kerja saya seharian. Sebagai seorang ‘bikers’ sudah tentang perjalanan setiap hari dengan motorsikal berkuasa tinggi dan keadaan kesesakkan di Kuala Lumpur buatkan saya hilang fokus dan juga tenaga sedikit demi sedikit. Sebab itu, bila mahukan tenaga lebih saya minum Ranger. Ini adalah minuman tenaga yang saya mulai rasai [...]
  • Saya Nak Jadi Travel Blogger Malaysia... Permulaan saya menulis blog sekitar tahun 2000 – 2003 dulu, saya tidak pernah impikan tentang karier sebagai penulis blog travel seperti sekarang. Di awal pembabitan saya dalam dunia penulisan blog, bermula dengan laman page Yahoo Geocities dan Diary yang kemudiannya beralih kepada Blogspot pada sekitar tahun 2006. Sejak membaca beberapa kisah penulis blog travel, saya [...]
  • Entry Ke 5,000 Di Blog MrJocko Alhamdulillah, setelah memulakan coretan blog sejak Januari 2006, kini memasuki tahun ke-9. Hari ini, 25 September 2015, Blog MrJocko secara rasminya mempunyai sebanyak 5,000 entry yang sudah di’publish’kan sejak ia mula ditulis. Tahun ke-9, tahun yang penuh dengan cerita-cerita travel yang semakin ditambah nilai. Jika sebelum ini, bermula dengan penulisan ‘Jocko Journey’, bermula dengan hosting [...]
  • Siapa Derma Dana RM2.6 Ratus Ringgit Semalam MrJocko buka akaun Maybank2U MrJocko untuk bayar bil. Sambil sambil semak balik transaksi akaun bank yang biasa MrJocko buat bila awal bulan. Biasa la bila awal bulan macam ni nak transfer duit ke luar dan menerima duit masuk hasil kerja sebulan dua ini, kerja kerja di bulan puasa dan business kecil kecilan. Bila semak duit [...]

5 Comments

  1. May 19, 2011    

    br nak beli tilam yg rm1k tue..agak2 brape lame smpi..haih..

  2. May 27, 2011    

    huhu..alolo..sedih nya baru baca blog ni hari ni..actually saya pun ada pengalaman ngn wescourt ni..patutnya dorg deliver sofa+almari hari ini..mereka siap call lagi hari sebelum tu..tapi,hari ini tunggu dari siang sampai ke malam..barang yang ditunggu tak sampai-sampai pun.. T_____T try call hp org yg call smlm tu dia x angkat, lpas tu masuk voice mail lak…wuuuuuu.

  3. March 16, 2012    

    walaupun murah, pas ni saya tetap tak akan beli lagi dari Wescort

  4. January 3, 2013    

    alamak pengalaman xbagus ye..haritu penah gak kita p wescourt..tp xbape bekenan..so xjadi beli..

    anyway salam pekenalan..

  5. January 3, 2013    

    sebelum beli,,, itu salesman muka banyak manis,,, lepas beli, banyak songeh la,,, itu la, postponed la,,, delayed penghantaran la,,,

    kita lak nak kena ikut date dia,,, :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Sponsor

MrJocko Fanpage

MrJocko Instagram

MrJocko Twitter

MrJocko Archives

My Stats

Travel Blogs
blog directory Kedai Backlink,Backlink Percuma