GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pilihanraya Sarawak 2011

Apa khabar member2 kita yang duk kat Sarawak? Harap2 sihat hendaknya.

Esok, tarikh 16 April 2011, Sarawak akan masuk dalam sejarah lagi kerana akan di adakan Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-10. Penamaan calon sudah lepas, dan sekarang masa untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang di idamkan oleh ramai pihak. Ada 2 – 3 orang kawan aku yang berasal dari Sarawak sudah pulang ke kampung semalam dan hari ni, untuk sama2 memeriahkan “pesta” pilihanraya ni. Kalau di ikutkan dengan kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang — DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

Keputusan pilihanraya di Sarawak ini dijangka diketahui seawal jam 9.00mlm dan mungkin berlarutan sehingga jam 12 tengah malam kerana masalah pengangkutan memandangkan negeri Sarawak berbukit bukau dan tiada jalinan jalan raya yang baik.
Tags:
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.