Langsir Murah di Nilai 3


Bulan Ramadhan dah datang. Hari Raya pulak akan menjelma. Comfirm ramai yang duk berkira-kira nak ubahsuai rumah dan cantikkan rumah dengan perabot baru, TV baru, carpet baru dan jugak langsir rumah yang baru.

Kalau korang nak try tengok design langsir rumah atau langsir bilik baru, cantik dan murah, boleh try singgah ke pusat pemborong di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Last week aku sempat singgah kejap. Kebetulan lalu di satu kedai langsir tu, banyak sample design langsir rumah dan langsir bilik yang cantik2. Aku cuma sempat snap 2 pictures sajer gambar langsir. Boleh tahan jugak lah designnya. Cuma design yang ada kat sini design "ropol-ropol", gitu ker???

Yang penting, kalau korang rajin dan nak tempah design lain, boleh. Beli ajer kain kat sini. Ada 30% diskaun dan ada jugak yang 50% diskaun. Aku singgah beli langsir yang dah siap jer. Nak bawak balik kampung bagi Mak aku. Tak yah la nak jahit yang baru. Beli yang dah siap jer, murah.

Kalau korang nak design ikut selera korang pun ada. Boleh tempah dan bayar ajer... 2 minggu siap.




MrJocko.com
Rosmadi Shakri Top Travel Blogger

2 comments:

  1. saya yang dok kat nilai ni pun tak tertempah langsir kat situ.. murah sangat ke?

    Jom baca ni :Golden Churn Creamy Butter.. ISU TIDAK HALAL?

    ReplyDelete
  2. Kawe rasa murah, pasal dulu masa kawe tempah langsir rumah kawe, satu set jer dah RM300, yg ni bleh dpt dlm RM200++ jer

    ReplyDelete

Thanks for your comment - MrJocko