GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) Sudah Di Buka?

Masa cuti nak raya seperti ini ramai yang berkira-kira nak pilih jalan mana untuk balik kampung, khasnya macam MrJocko yang ada kampung di Kelantan. Ini kerana dala mdilema samada nak balik ikut Bentong – Raub – Lipis – Gua Musang – Kuala Krai atau pilih untuk balik menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Korang tahu tak bahawa Lebuhraya Pantai Timur di jajaran Pakej 11 dan 12 sudah dibuka oleh pihak konsesi lebuhraya. Korang boleh dapatkan info pembukaan lebuhraya LPT di sini Lebuhraya Pantai Timur. Kalau tak silap, Pakej 11 dan Pakej 12 ni sebahagian daripada pembukaan lebuhraya pantai timur fasa 2. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 bermula dari Karak sehingga Jabor.

“Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011. Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12”

Walaupun begitu, kalau korang dari Kuala Lumpur nak balik ke Kuala Terengganu atau ke Kelantan, korang cuma boleh drive Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan kluar di Jabor. Seperti biasa, tetapi buleh masuk kembali di persimpangan Bukit Besi dan menyambung semula guna lebuhraya sehingga ke Temelung.

 

 

Lebuhraya Pantai Timur LPT dibuka

 

Lebuhraya Pantai Timur dibuka
 
 
 

Nampaknya kalau macam ni, setakat hari ni, hanya orang sekitar Cherating, Kemaman dan sekitarnya akan dapat benefit dengan pembukaan lebuhraya pantai timur fasa 2 ni. Kami yang duk Kelantan, terpaksa ikut jalan lama :(.

So, balik raya tahun ni, rasanya kena balik ikut Bentong, Raub, Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Cam biasa. Nak ikut lebuhraya pantai timur belum siap sepenuhnya. Harap-harap tahun depan sempat la siap. Ramai yang boleh guna kemudahan lebuhraya pantai timur ni.

MrJocko.com

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.