GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Food Review Menu Ayam Penyet dan Ikan Goreng Terbang Bali Indonesia

Antara menu yang aku pernah rasa di Bali, sewaktu cuti-cuti tahun 2009 adalah Menu Ayam Penyet dan Ikan Goreng Terbang Sup Asam. Memang teringat menu masakan Bali yang sedap itu. Pertama kali tengok dan rasa memang dah sedap.

First time rasa menu masakan yang agak pelik didengar. Mula-mula rasa takut jugak. Takut tak halal. Tetapi setelah Tour Guide aku masa tu, Mario (Nama muslim dia aku lupa, nick name jer Mario pasal kerja dia entertain pelancong dari Itali, Spain dan France) baru kami rasa lega dan yakin untuk di makan.

Menu Ayam Penyet dan Ikan Goreng Terbang

Menu Ayam Penyet dan Ikan Goreng Terbang

Gaya Menu Ayam Penyet Bali ni tak jauh beza dengan menu resipi Nasi Ayam Penyet yang ada kat Malaysia kan? Tentu lah pasal dibawak dari Indonesia. Cuma kat sini aku tak pernah lagi tengok nasi yang dibalut dengan daun pisang tu. bau dia harum sesangat. 

 

 

Yang ni spesel. Menu resipi Ikan Goreng Terbang dan Sup Asam. Yang ni serius aku tak jumpa lagi kat Malaysia. Mesti ada tersorok kat mana-mana restoran, kena cari kalau nak cuba. Tapi aku memang aku terkejut pasal tak pernah tengok lauk sebegitu 🙂

 

 

Tak nak tunggu lama-lama. Perut pun sudah lapar, apa lagi. Waktu untuk makan. Ngap la kan… Nanti time berbuka minggu ni, aku nak cari la menu Ayam Penyet. Teringin pulak nak makan Nasi Ayam Penyet.

Kalau korang tahu kat mana ada menu Nasi Ayam Penyet Best di Kuala Lumpur, mohon share ye…

Baca http://www.mrjocko.com/tag/makan

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.