Wednesday, January 18, 2012

Ikea Restoran dan juga Ikea Shopping


Lama sungguh tak ke IKEA. Lama jugak tak singgah makan kat Restoran IKEA yang dulu kecoh pasal tak HALAL.

Skang kami singgah lagi. Kebetulan nak singgah beli barang-barang keperluan rumah sikit. Nak make-up bilih my kids dan jugak beli workstation baru untuk aku kat rumah. Nak kena bukak "ofis" kat rumah, senang nak buat kerja. Sebelum ni asyik pakai meja makan, susah ooo...

Kalau ke restoran IKEA, tentulah feveret kami Ikea Meatballs. Kalau anak2 aku suka french fries jer. Meatballs tu kurang makan. Kali ni order skali Ayam Panggang... Size kecik, tapi rasa sedap. Kena pulak dengan Sos Meatballs,,, sangat la best...





Lepas makan, shopping time... Kali ni session beli perabot untuk ofis aku, kerusi study my kids dan jugak rak kasut.

Nak kena susun balik, pasal barang makin bersepah. My kids plak, dua-dua dah start sekolah. Kena buat homework tiap-tiap malam. Kena bagi mereka belajar guna kerusi yang selesa sikit. 





Ini lah hasil tangkapan hari tu. Tak banyak, tapi berat siot nak angkat. Nak kena bawak balik, angkat naik tingkat 7 lak tu... adoi,,, pengsan...


Dan, my kids pun happy bila dapat kerusi belajar idaman... Bapak dia, happy gak,,,

MrJocko.com

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998