GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Manusia Terkaya Di Dunia?

Ini kisah nya…

“Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion). Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.”

 

 

Korang ada baca berita hari ini? Aku pun teruja bila dapat tau rakyat Malaysia merupakan orang yang terkaya di dunia dengan asset berjumlah RM170 bilion. Wow!!!

Memang kaya. Jumlah RM1 bilion pun sudah cukup untuk 1 keturunan, kalau dah nilai sebanyak itu, boleh menampung hidup satu “Malaysian”.

Harap apa yang di ceritakan oleh En Kamal ni betul, dan niatnya nak tolong orang melayu juga amat dialu-alukan. Boleh berkongsi pengalaman dan juga kejayaan dengan semua agar kita, Satu Malaysia boleh mencontohi beliau. 🙂

Ini berita yang memang ramai orang nai tahu, berita perihal Orang Terkaya Di Dunia. Kalau MrJocko jadi kaya seperti Jutawan dan Bilionaire kat dunia ni, MrJocko nak jalan-jalan travel jer sepanjang masa 🙂

Sumber : Utusan Malaysia
MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.