Wednesday, March 14, 2012

Bagaimana Nak Tonton 1Malaysia TV



Pernah dengar pasal 1Malaysia TV tak??? Aku dapat info pasal 1Malaysia TV ni masa aku online pakai App Store melalui iPad.

Tengah duk cari nak beli apa kat App Store, sekali ternampak aplikasi 1Malaysia TV yang masa tu masih lagi PERCUMA. Oleh kerana aplikasi 1Malaysia TV ni percuma, aku beli dan install dalam iPad aku. 

Sangkaan aku mula-mula ingatkan 1Malaysia TV ni hanya boleh di tonton menggunakan Wifi sahaja. tetapi bila aku saja cuba-cuba online dan pakai line Digi Postpaid 3G, yeay!!! aku kagum kerana aku boleh menikmati saluran yang ada dalam 1Malaysia TV ni.

Antara saluran yang di muatkan di 1Malaysia TV ini adalah MyTV, TV1, TV2, TV3, TV Al Hijrah, CCTV News, Documentary TV, eRAMA TeeVee dan juga eTV Korea.

 saluran TV1

Buletin 1.30 dari TV3

eTV Korea yang memainkan video klips terkini...

Jadi, kalau dah macam ni, aku boleh akses saluran-saluran TV tersebut di mana-mana aku suka selagi aku dalam kawasan pancaran talian Digi 3G. Best kan???

Bagi yang pakai Android, cuba cari di Market. Korang juga boleh cuba install dan guna aplikasi ini di smartphone korang samada iPhone, Galaxy Note, S2, Arch, HTC dan seangkatannya. Semakin laju pakej 3G yang korang ada, semakin bagus kualiti video.

2 comments:

sohoque said...

uish.. ok gak tu.. nak install kat galaxy tab aku ni.

MrJocko said...

Free jer,,, cari segera kat market

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998