Bermain Dengan Ikan Kelah di Ranau

Hits: 299

Ni sebenarnya cerita lama, tapi pasal belum ada cerita, aku share balik la yer… 🙂
Kalau korang berpeluang ke Kundasang atau Ranau, Sabah, aku suggest korang cari Tagal Ikan Kelah di perkampungan Sungai Moroli, Kampung Luanti di Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Boleh Bermain Dengan Ikan Kelah di Ranau.

Kat sini terkenal dengan penternakan ikan kelah yang besar-besar dan jinak. Bukan beratus, tetapi ada hampir beribu-ribu ikan kelah yang di pelihara di Sungai Moroli ini dengan tujuan pelancongan. Kat sini korang boleh jumpa aktiviti TAGAL. Apa itu tagal ???
Tagal ini bermaksud proses pemulihan sungai-sungai secara semula jadi dan penjagaan yang terbaik untuk mengekalkan keaslian sungai tersebut bagi habitat seperti ikan-ikan dan hidupan air yang lain. Kat sini, Tagal Sungai Moroli, Kampun Luanti fokus kepada pemeliharaan sungai dan penternakan secara semula jadi iakan kelah bagi tujuan pelancongan.
Kat sini korang boleh melihat beribu-ribu ikan kelah, lampam dan sejenisnya bermain main dengan jinak di dalam Sungai Moroli. Korang berpeluang untuk bermain dengan Ikan Kelah yang dipelihara secara semula jadi ini dan meletakkan kaki untuk sessi Fish Spa dengan ikan-ikan di sini. Memang menyeronokkan. Pengalaman yang luar biasa.
Bagi yang lebih ekstrem, boleh mandi manda bersama ikan kelah ini selama 30 minit dan berpeluang memberi makan dan bermain-main dengan spesis ikan sungai tersebut.

Untuk bayaran masuk semalam 30 minit, RM5 dikenakan untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bagi yang nak mandi bersama-sama ikan kelah ini, bayaran RM10 akan dikenakan.

Cuba lah singgah di Kampung Luanti ini, korang pasti akan terasa pengalaman yang menakjubkan. Nak cari senang, tuju sahaja ke Sabah Tea Plantation di Ranau dan Sungai Moroli ni berada sebelah sahaja dengan pintu masuk Sabah Tea Plantation di Ranau.
Perjalanan dari Kundasang ke Kampung Luanti ni memakan masa sekitar satu jam kalau memandu kereta dan jalan di sini masih lagi berbukit tetapi tidak punya cerum yang merbahaya. 

MrJocko.com

One Comment on “Bermain Dengan Ikan Kelah di Ranau”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.