GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Eksklusif Chopper 1Malaysia by American Chopper

Sekiranya korang peminat arena motor, tak kisahlah motorsikal atau kereta, anda mungkin pernah dengar rancangan American Chopper, yang disiarkan di saluran Discovery Channel dan juga Turbo Channel di Astro.
Celebrity yang teguh berdiri di belakang program rancangan ini semestinya Paul Teutul Sr dan anaknya Paul Teutul Jr. Kehebatan mereka membuat motosikal Chopper secara customize memang hebat dan berpengalaman menerima tempahan dari serata dunia.
Pagi ni, sambil duk kemas workstation aku, terkejaut jugak la bila nampak Paul Teutul Sr di kaca rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Betul kah itu Paul Sr. ? Jelas sekali dia dan tengah menunggang sebiji motosikal Chopper Custom 1Malaysia. Wooowww!!!
Ini dia Paul Teutul Sr. dari rancangan American Chopper

lihat la jelingan Paul Sr….

Aku share di sini gambar-gambar motosikal eksklusif Chopper 1Malaysia yan gaku ambik ketika rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 tadi. Katanya Chopper 1Malaysia ini di tempah khas oleh Tourism Malaysia dan akan menadi salah satu tarikan bagi aktiviti promosi Malaysia nanti. Chopper ini di tempah khas dan dibuat sendiri oleh crew-crew Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr di Amerika dan di bawa khas ke Malaysia setelah siap.
Harga sebiji Chopper 1Malaysia ini cuma USD150,000 sahaja… wo wo wo,,, kalau convert ke RM sudah tentu ia mencecah RM450,000, erk!!! Patut la masyukkk punya projek American Chopper ni. Bayangkan satu chopper harga USD150,000, dapat sebulan sebijik pun dah kaya raya… 🙂

Pihak Tourism Malaysia sudah melakukan pelancaran Motosikal Chopper 1Malaysia ini baru baru ini dan di lancarkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat motosikal Chopper 1Malaysia ini boleh ke bilik pameran Tourism Malaysia di Putrajaya dan ia akan di buka untuk lawatan bermula minggu hadapan. Sesiapa peminat motorsikal dan peminat arena permotoran yang duk sekitar  Putrajaya tu, boleh la singgah yer.

MrJocko.com

5 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.