GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

First Time ke Hot Spring Ranau

Memandangkan kami dah sampai Ranau, semua tempat kami nak terjah. Selepas ke kawasan Tagal ikan kelah di Sungai Moroli, kami terus drive ke Ranau Hot Spring. Dari Kampung Luanti, drive tak sampai 30 minit dah boleh sampai ke Hot Spring Ranau.

Untuk masuk ke Hot Spring ni kena bayar yuran masuk sebanyak RM3 seorang dan kanak-kanak percuma. 
Kat dalam ni ada banyak tempat khas untuk sesiap yang mahu singgah mandi di kolam air panas Ranau ni. Banyak kolam-kolam khas yang di bina kembali untuk kesesuaian tahap kepanasan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Kang kalau panas sangat semua terbakar. Telor lain pulak yang masak, nanti naya pulak.

Kemudahan toilet, surau, kedai makan dan juga kedai gifts cenderamata pun ada di sediakan di sini. Bagi yang nak mandi, bilik persalinan pun ada di sediakan. Memandangkan kami cuma datang nak kenal jer, so, kami tak bawak la baju mandi, towel dan lain lain. Sekadar datang melihat-lihat sahaja.
Kat Hot Spring Ranau ni juga ada Canopy Walk. Jambatan Gantung yang panjang jugak la. Tapi sayang, aku tak sempat nak ke sana kerana kebetulan kami sampai kejap, lepas pusing kat Hot Spring, minum, skali tengok macam nak hujan. Takut tersangkut dalam hujan kami keluar awal dari situ, dan tak sempat masuk ke dalam menaiki Canopy Walk. 🙂

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.