Idaman Suri, Pekan Kuah kat Langkawi ~ Lifestyle Blogger Glamorous MrJocko

01 March, 2012

Idaman Suri, Pekan Kuah kat Langkawi


Langkawi memang syurga membeli belah bagi sesetnanh barang. baik Pinggang Mangkuk, Coklat, Aksesori, Gifts, Gula-gula, kain dan banyak barang lagi. Salah satu yang terkenal, Idaman Suri.

Kedai Idaman Suri ni kalau dulu dekat sajer dengan Pekan Kuah. Masa aku pergi tahun lepas, Idaman Suri Langkawi sudah beralih ke bangunan baru di Jalan Seri Berlian 1, di Taman Seri Belian kira-kira 5 kilometer sahaja dari pekan Kuah. tak jauh mana pun. 

Bangunan Idaman Suri yang baru di buat di bangunan baru berdekatan dengan Kompleks Kegiatan Guru di Pekan Kuah. Tak faham lagi, boleh rujuk map atau peta yang aku buat ni, camana nak ke Idaman Suri dari pekan Kuah.




Kat Idaman Suri ni ada macam-macam. Kami cuma beli sedikit Coklat, mainan anak-anak aku dan jugak set cawan dan teko untuk Mem Besar. Harga tak lah mahal sangat dan jauh lebih murah dari kedai di Kuala Lumpur.

Idaman Suri juga sememangnya popular kat area Pekan Kuah. Lagipun, ramai pelancong ke sini. Bila dah beli, boleh terus mintak staff sana bungkus elok-elok.



Oleh kerana kami datang naik flight, so kena bungkus elok-elok dan bawa sebagai hand luggage. Kalau letak kat perut kapal, sure pecah. Bawak sendiri naik ke kabin, lebih selamat.

MrJocko.com