Thursday, March 22, 2012

Review Filem - The Vow


Ini kali kedua aku dapat invitation dari Nuffnang untuk preview filem. Thanks Nuffnang and GSC Midvalley. Kali ni, cerita yang berkonsepkan Drama... hah? Drama,,, dengar cam boring nyaaaaa...



So, Selasa malam, aku join la event preview filem The Vow ni. Malam tu kami berkumpul di Cathay Cineluisure, The Curve. Tepat jam 9.30 malam, show bermula, dan aku mula rasa cam nak balik...

Mungkin pasal aku duk depan sekali, pastu aku fokus kepada cerita untuk tempoh 10 minits pertama, tiba-tiba aku rasa cerita ni cam best. Walaupun hero, Channing Tatum, pelakon filem aksi GI Joe, tetapi dalam filem ni dia sangat romantik...

Filem ni mengisahkan kehidupan cinta husband and wife, Leo dan Paige. Ia mengisahkan betapa si Suami begitu setia kepada "Vow" Sumpah Setia ketika mereka lafazkan perjanjian perkahwinan mereka. Ia terbukti bila tragedi menimpa Leo dan Paige, yang mana, Paige hilang ingatan selepas terbabit dengan kemalangan. Leo yang terlalu sayangkan isteri beliau, sangguh buat apa sahaja untuk mengembalikan semula ingatan Paige. Bukan itu sahaja, Leo ingin mengembalikan semula ingatan kasih sayang Paige kepadanya seperti sebelum kemalangan.

Sedih dowh, bilamana tengok ada lelaki begitu sabar, setia dan sanggup buat apa sahaja untuk isteri tercinta akhirnya terpaksa mengalah bila isterinya sendiri menolak untuk terus mencuba mengingati kehidupan lama mereka. 

Akhirnya Leo terpaksa lepaskan Paige bersama-sama keluarga Paige yang sememangnya tidak sukakan Leo dan kehidupan Paige sebelumnya...

Camana cerita ni habis,,, korang pegi la tengok,,, Untuk couple tu atau yang baru kahwin, sesuai sesangat,,, 

Bintang : 4 out of 5 ( Drama )



MrJocko.com

2 comments:

Kakiwayang.com said...

heee..filem ni tahap romantik2 punya style..

anyway, kami pun ada gak masa Nuffnang tu...dah la xde subtitle kan..haha

aha, jemput baca review The Vow di Kakiwayang.com juga..=)

MrJocko said...

Oh ya ker??? Ok KakiWayang... MrJocko akan singgah, TQ

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998