Shopping di Sempadan Munok Thailand

Hits: 273

Shopping di Sempadan Munok Thailand
Sempadan Munok Thailand

 

Di Kelantan, memang banyak tempat tempat menarik untuk di kunjungi. Jika korang sempat ke Kelantan, tambah tambah melawat ke Pasir Mas, jangan lupa singgah di sempadan Munok Thailand.  Apa ada di sana? 

 

Di sempadan Munok Thailand ini, ada kawasan yang di panggil Pasar Minggu Munok dan di sini adalah tempat peniaga-peniaga Thailand menjual barangan seperti Toto, Kain Baju, Kain Pasang, Beras dan macam-macam dengan harga yang sangat murah. 

 

Sempadan Munok ni sebenarnya sudah berada di kawasan Thailand. Tetapi, jika anda mahu ke sana, anda tak perlu gunakan passport. Kat sini sudah ada persefahaman secara sendiri nya yang mana rakyat di Malaysia, boleh ke Munok untuk tujuan membeli belah barangan di Pasar Minggu sahaja.

 

Ini kerana, bila rakyat Malaysia membeli belah di Munok, ia membuka peluang ekonomi yang lebih bagus kepada masyarakat kampung dan sekitar Munok, Thailand. Mereka jual barang murah dan orang Malaysia membeli seterusnya membangunkan ekonomi setempat di sana.

 

Untuk ke sana, korang cuma perlu naik sampan. Bayarannya cuma RM1 untuk satu hala. Perjalanan sebenarnya cuma 100 meter sahaja. Murah kan???

 

 

Shopping di Sempadan Munok Thailand

 

Shopping di Sempadan Munok Thailand

 

Shopping di Sempadan Munok Thailand

 

 

Paling best pengalaman ke Munok ni, adalah menaiki bot tambang menongkah dan membelah arus Sungai. Kami naik dari jeti di seberang Kelantan dan berhenti di seberang sempadan Munok, Thailand.

 

 

Shopping di Sempadan Munok, Thailand

 

Shopping di Sempadan Munok, Thailand

 

Shopping di Sempadan Munok Thailand

 

Shopping di Sempadan Munok Thailand

 

 

Shopping di Sempadan Munok, Thailand

 

Shopping di Sempadan Munok, ThaillandShopping di Sempadan Munok Thailand

 

Shopping di Sempadan Munok Thailand

 

 

Di Pasar Minggu Munok ni tidak la cantik dan mewah, ia berkonsep Pasar Minggu kampung sahaja. Kedai-kedai lama dan juga khemah-khemah peniaga tersusun di tepi tepi jalan. Ada yang jual kain baju, toto, kraf, makanan, beras, burung dan aksesori lain. 

 

Untuk makanan, jangan risau, majoriti penduduk di sini adalah Muslim. Surau dan Masjid juga ada berdekatan Pasar Minggu Munok ini.

 

Jadi, kalau nak merasa pengalaman membeli belah secara kampung, murah dan memang best, slot kan diary anda, datang ke Kelantan, cari Pasir Mas dan tanya bagaimana nak ke Pekan Munok, sempadan Thailand, InsyaAllah, ramai orang di sini boleh menolong. Pastikan anda datang pada hari Sabtu atau Ahad yer,,, kalau hari lain, pasar minggu tak ada 🙂

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.