Kaw Kaw Burger Bakar Cecah RM150 Sebiji ~ Glamorous Blogger MrJocko

10 April, 2012

Kaw Kaw Burger Bakar Cecah RM150 Sebiji



Aku tak pernah rasa, tak pernah tengok dan tak pernah lalu kawasan tempat burger stall yang terkenal ni. Kalau di Wangsa Maju, burger ni kira dah jadi Fenomena. Itu lah dia Kaw Kaw Burger Bakar, Wangsa Maju.

Bukan di kedai, bukan di restoran, tapi dijual di kaki lima sahaja. Katanya harga Burger Bakar Wangsa Maju ni bermula dengan RM7.50 sehingga RM18.00 setiap satu. Daging akan dibakar dan disusun berlapis mengikut tempahan dari pelanggan.




Aku pun tak tau mana sedapnya pasal tidak pernah cuba, tetapi teringin nak cuba. Ramai yang memuji kata sedap. Lagi pun design, cara masakan dan menu dia unik sedikit dari kebanyakkan burger lain. Malah, yang paling unik katanya ada pernah Burger Bakar ni dijual secara custom order, setinggi 20 lapisan daging dengan harga RM150 setiap satu,,, Wwwow!!!

So, tidak hairan kalau ramai yang sanggup Que untuk membeli Kaw Kaw Burger Bakar ni. Siap ada disediakan nombor order dan Que panjang, penat sehingga ada yang terpaksa menunggu sehingga 3 jam semata-mata nak dapatkan order Burger Kaw mereka. Anda sanggup?

Gambar : The Star