GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Layan Hamid Driving Range di BRP

Semalam, tiba-tiba dapat call dari Hamid, ex-housemate aku dulu. Sekarang dia posting kat branch di New York. Sudah masuk tahun ke-4 dan maybe hujung tahun ni balik ke Malaysia. Aku dah banyak kali plan nak ke sana, masih lagi tak jadi. Nak buat camana, kos ke sana, mahal tak hingattt…
Hamid called, kata dia ada kat rumah dia kat Sungai Buloh. Esok dia dah nak balik kampung dan seterusnya nak balik ke NY terus. Molek la, kebetulan aku tak busy, boleh la aku jumpa dia petang lepas kerja. Lagipun, aku memang nak ambik signature untuk investment dia :).
After ofis, aku drive terus, jumpa dia di Bukit Rahman Putra Golf Club, kami ke Driving Range area. Katanya nak menebas bola golf. Lama tak menebas kat sana… hahaha. Aku pun, dengan baju pejabat, terjebak menebas sama-sama. Ok jer la, layan member lama. Sambil borak, sambil menebas bola golf,,, syiokk jugak. Dah waktu Maghrib baru stop.

Lepas menebas, aku hantar dia balik rumah dia, pastu baru keluar balik. Lepak gerai pekena Mee Sup dan jugak Teh Tariks. Gerai tepi jalan jer, bukan cafe pun. Sempoi betul Hamid. Walaupun dah stay NY, masih lagi layan gerai.

Satu lagi, masa tu pun ada celebrity yang kebetulan ada kat sana, tengah minum. Seorang Sifoo dalam bidang muzik. Agak-agak siapa??? Siapa lagi kalau bukan Sifoo M Nasir. Memang dia. Sempoi jer lepak sambil borak ngan kawan-kawan dia. Aku nak tegur, MALU,,, hi hi hi,,, maklum la, jam dah kul 10.00 malam, tepi jalan jer pun. Kasi la Sifoo M Nasir privasi sikit. Aku tabik dia la, walaupun famous gila, gerai makan tepi jalan pun Sifoo M Nasir tak malu nak lepak. 🙂
Next time jumpa, baru aku mintak bergambar sama-sama, boleh Sifoo M Nasir???

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.