Mereka ‘Main’ Dalam Panas

Pagi Ahad, member ajak ke Golf Malaysia Open 2012. Katanya ada tiket lebih, nak kasi aku free jer. Mulanya memang aku nak join, tapi kebetulan ada kerja. Lagipun, aku tengok pagi tu cahaya matahari punya la terik.
So, last minit aku call cakap mintak maaf, aku terpaksa kansel. So, aku duk rumah jer la, sambil buat kerja, sambil tengok saje Golf Malaysia Open 2012 di kaca TV. Memang aku nak pergi sana, pasal ramai otai-otai photographer yang aku kenal dan pernah kerjasama ada kat sana seperti Sifoo Kamarul Akhir dan the Greatest Peter Lim. Kalau ke sana, sure bleh masuk dalam gambar diorang… hehehe

Dari kaca TV pun aku tengok betapa teriknya panas matahari kat sana. Sangat panas. Sampaikan ramai player bawak towel, 2-3 kali duk lap peluh yang membasahi baju. Aku ke sana nak tengok jer, cam tak berbaloi lah. Lagipun, kalau cam ada Tiger Woods ka, Vijay Singh ka, boleh la pergi. Ini, ramai yang aku tak kenal,,, ke memang aku yang tak kenal player golf ni??? 🙂
Apa pun, sebenarnya best kalau dapat ke sana, tapi tu la, nak buat camana, aku ada kerja. Tu pun masih tak siap. Malam ni nak kena sambung lagi. Next year la aku join tengok Malaysia Open Golf kalau aku di jemput lagi…

MrJocko.com

Tags:,
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.