Masa duk lepak tengok TV aku terperasan Iklan ni. Mulanya ingatkan iklan biasa, sekali iklan pasal Air Mineral Anugerah. Apa tu Air Mineral Anugerah???
Mulanya cerita yang Air Mineral ni sudah di lengkapi dengan Doa-doa terpilih dan juga sudah di baca dengan ayat-ayat Al-Quran. Bagus la tu. Rasa macam best pulak. Lagipun sekarang ni, tak ramai yang betul-betul influence dalam membaca dan menghayati Al-Quran.
Tapi, bila akak ni keluar, cerita pasal jadi stokis menjual Air Mineral Anugerah ni, aku rasa lain lak. Ni nak cerita pasal Air Mineral Anugerah atau nak cerita pasal business ni??? Antara ayat yang di sebut dalam iklan ni ( ayat sebetul aku lupa, aku adjust ayat lebih kurang) :
" Dulu saya rasa tak sihat, selepas meminum air ini saya sihat dan rasa selamat dari gangguan makhlus halus"
" dengan pendapatan yang saya dapat dengan business ini, ia membantu kewangan saya"
Lebih kurang gitu la. Apa komen korang? Mesti pernah tengok iklan ini kalau korang tengok saluran TV3.
MrJocko.com