Glamorous Travel Blogger

Nuffnang Review Filem – The Avengers

Semalam, MrJocko hadir bersama-sama kawan-kawan blogger lain seperti Fazrol dan Sohoque ke Premiere Screening The Avengers di GSC One Utama pada jam 9.00 malam.

Thara, orang kuat Nuffnang
Masa MrJocko sampai, seawal jam 8.00 malam, tapi tengok Q sudah panjang. Perghhh!!! Ramai sungguh yang betul-betul berminat nak tengok cerita The Avengers ni. Selalu aku datang untuk tayangan perdana filem lain tak lah seramai ini. Ada juga yang aku dengar, datang semata-mata nak beli tiket untuk tanyangan perdana, tapi sorry, ia memang tak dijual. Kata staff sana, kalau nak, kena beli tiket untuk tayangan tengah malam jam 12.00 pagi.
Cerita Avengers ni sebenarnya koleksi cerita superhero adiwira The Marvel dan sememangnya filem yang di tunggu-tunggu ramai peminat cerita adiwira. Ini kerana jarang sekali kita boleh lihat dalam satu filem, ada ramai adiwira yang beraksi dan menjadi hero kepada manusia bergabung dan menentang kejahatan.
Dalam filem The Avengers 2012 ini mengisahkan Loki , Adik Angkat Thor, yang datang ke Bumi, mencuri Cosmic Cube untuk digunakan bagi menjana kuasa membuka terowong angkasa untuk membawa tentera jahat Chautari ke dunia bagi tujuan menakluk dunia dan menjadi “TUHAN DUNIA”.
Nick Fury, Pengarah SHIELD pada masa itu terpaksa meminta pertolongan dari agent terhebat beliau dan juga bantuan Adiwira lain seperti Hawk, Black Widow, Iron Man, Captain America, Hulk dan Thor.

Sememangnya Loki memang kuat bila bergabung tenaga dengan Tongkat Sakti Loki yang mana ia boleh mengawal sesiapa sahaja yang dikehendakinya selepas menyentuh mereka, Ini terjadi kepada Hawk yang pada mulanya dikawal oleh kuasa Loki. 
Kuasa Loki semakin hebat apabila di tambah dengan kuasa Cosmic Cube, akhirnya Loki berjaya membawa masuk bala tentera yang ganas dan jahat memusnahkan bumi.
Aksi memang hebat dengan kuasa adiwira seperti Iron Man, Captain America, Hulk, Thor di samping ketangkasan Hawk dan Black Widow. Aksi gaduh Thor dan Iron Man, Aksi hebat sewaktu menentang tentera Chautari ia memang hebat. Tambah pulak ada unsur humor yang membuatkan aku sendiri pecah perut tergelak-gelak… serius memang best.
Jadi, kalau korang memang minat superhero, inilah filem yang korang mesti tonton. Best dan memang berbaloi. Pastikan korang membawa PopCorn dan air secukupnya kerana ia akan membantu anda menghayati filem aksi ini… :)
Apa tunggu lagi, jom ke pawagam GSC untuk tayangan filem aksi hebat The Avengers 2012. Terima kasih kepada Nuffnang dan GSC kerana menaja tiket tayangan perdana The Avengers.
Bintang : 5 out of 5 Yeay!!!

MrJocko.com

Similar posts
  • Pameran MITA Tourism Fair 2016 Di KLC... MITA Tourism Fair 2016 adalah acara julung-julung kalinya diadakan bermula dari 29 – 31 Januari 2016 yang akan menyaksikan penyertaan besar-besaran daripada lebih 140 penggiat industri yang akan mempamerkan keunikan Malaysia kepada 20,000 pengunjung yang dijangka melawat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Meliputi ruang Dewan 6 sebesar 2,700 kaki persegi, KLCC akan membuka pintu utamanya [...]
  • Kemeriahan Japan Fest 2015 Di Avenue ... Avenue K, sebuah Shopping Mall baru yang kian menjadi pilihan kaki shopping, kaki makan, kaki jalan dan juga kaki event. Lokasinya yang terletak strategik di tengah kotaraya Kuala Lumpur, berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas, stesen LRT Putra yang mudah akses serta mempunyai ruangan parkir tersendiri. Bermula dari 19 Oktober 2015 sehingga 1 November 2015, shopping [...]
  • A Night With Ducati Riders And Naza W... Demam MotoGP Sepang 2015 akan kembali lagi. Barisan pelumba MotoGP dunia kini di Malaysia dan akan menggegarkan Litar Sepang bermula 23 – 25 October 2015. Sehubungan dengan itu, Next Bike Sdn Bhd mengalu-alukan pelumba Riders Ducati Corse MotoGP di majlis “A Night With Ducati Riders” di Publika, Hartamas. Naza World Group menyatakan sokongan dan komitmen berterusan kepada [...]
  • Iannone Meriahkan Shell Malaysia Moto... Teruja, Tak Sabar dan juga gembira bila dijemput untuk ke Shell KLIA Sepang, antara stesen minyak Shell pilihan ramai di sekitar Sepang, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah peminat motosikal berkuasa tinggi dari Ducati Club Malaysia bersama-sama hadir di stesen runcit Yazn Enterprise Shell di KLIA di mana penunggang Ducati, Andrea Iannone membuat penampilan yang unik [...]
  • AirAsia & Selebriti Kumpul Lebih... Usaha murni AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia dan beberapa selebriti Malaysia berjaya mengumpul sejumlah RM120,945.64 untuk Tabung MAKNA, badan kebajikkan untuk penghidap kanser. Ini bermakna, mereka berjaya Kumpul Lebih RM120000 Tabung MAKNA. Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Berhad berkata, kutipan itu diperoleh hasil kempen amal #AirAsiaMAKNA yang telah dilancarkan syarikat itu menerusi cara menjual baju T-Shirt Edisi [...]

5 Comments

  1. April 27, 2012    

    mmg best.. terbaik..

  2. April 27, 2012    

    terbaek bro

  3. April 27, 2012    

    fuh,wajib tengok nie..

  4. April 27, 2012    

    Wajibbb

  5. May 1, 2012    

    Yep! Yep! It's 5 out of 5. Epic!! Rasa nak tengok berkali-kali. Tak puas bergelak ketawa. Full of action and funny. 😀

No Pings Yet

  1. Filem The Avengers Age of Ultron | MrJocko on July 9, 2015 at 11:44 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Sponsor

MrJocko Fanpage

MrJocko Instagram

MrJocko Twitter

MrJocko Archives

My Stats

Travel Blogs
blog directory Kedai Backlink,Backlink Percuma