Plate Kereta Ni, Harga Sebijik Kancil Kot ~ Lifestyle Blogger Glamorous MrJocko

05 April, 2012

Plate Kereta Ni, Harga Sebijik Kancil Kot

Kalau masa beli kereta, korang kisah tak kalau nak pilih Nombor Plate kereta korang? Atau, tak kisah la nombor apa-apa pun, janji ada nombor? 

Pada yang minat nombor-nombor ni, mesti mencari nombor-nombor kesukaan mereka untuk di abadikan kat kereta mereka. Macam kawan-kawan kita dari kaum Cina, ramai juga yang percaya kepada nombor, lebih lebih lagi nombor 8 yang katanya membawa kepada UNTUNG.

Macam orang kita, kebanyakkan orang melayu, minat nombor untuk kenderaan ni semata-mata minat. Ada yang nak letak tarikh lahir mereka, tahun lahir dan macam-macam lagi.


Semalam on the way balik, kat traffic light, serempak la dengan kereta ini. W** 888. Wow!!! Ada tiga kali angka '8'. Pemiliknya aku tak nampak pasal di depan. Tengok kereta memang kereta mahal, semestinya plate tu pun mahal harganya. Selalunya kalau plate satu angka, harga mencecah sehingga Ratus Ribu RM, kalau jensi angka 8 yang menjadi pujaan ramai pengguna ini, mesti di tender dengar harga yang tinggi.

Macam kita, orang kebanyakkan, pakai la nombor apa yang ada. Nak comel sikit, pegi JPJ dan pilih nombor yang orang tak beli, tak pakai, bayar RM210 kalau tak silap, InsyaAllah, kita dapat nombor tersebut. Tapi nak harapkan plate no '1' jangan mimpi la... :)

MrJocko.com