Camana Nak Print Online Statement Maybank2U Dengan Mudah

Hits: 123135

Nak share tentang Camana Nak Print Online Statement Maybank2U Dengan Mudah. Sebab, dalam sebulan dua ni, aku perlukan beberapa statement bank bagi tujuan peribadi. So, kalau kebiasaan kita akan ke kaunter Bank berkaitan dan mintak statement daripada mereka. Dan macam aku buat 3 bulan lepas, untuk dapatkan 6 bulan transaction statement perbankan aku, kena charge sekitar RM15 sehingga ke RM20 untuk statement yang aku mintak itu bergantung kepada jenis Bank. Mahal jugak kan???

 

Tapi sekiranya korang perlukan 3 bulan statement sahaja dan korang pengguna Maybank2u, korang tidak perlu risau kerana korang boleh print statement atau penyata itu terus dari komputer korang. Caranya sangatlah mudah. Kalau baca sekali, pasti korang akan faham dan tahu bagaimana nak buat

 

Caranya, ikuti langkah-langkah seperti yang MrJocko kongsikan ini :

Pertama sekali, korang kena Login akaun maybnak2U dan dan cari bahagian Bills & Statements. Klik bahagian terbabit dan korang akan dibawa ke Statements dan pilih jenis akaun yang anda ada, samada Saving Account atau Current Account.

 

Print Online Statement Maybank2U

Print Online Statement Maybank2U

 

 

 

Camana Nak Print Online Statement Maybank2U

 

 

Selepas langkah, langkah di atas selesai, bila dah keluar bahagian ini, klik kat bahagian link Download/Print penyata. Korang akan dibawa terus ke bahagian yang mana korang boleh download atau nak cetak terus ke printer korang. Aturkan printer dan print mengikut jumlah yang korang mahu

Print Online Statement Maybank2U 

 

 

 

 

Sekiranya korang berjaya, korang boleh dapatkan penyata bank Maybank seperti di atas. Kalau dah berjaya, boleh la print banyak-banyak dan guna untuk tujuan yang diperlukan. Mudahkan? Dengan buat penyata online akaun bank seperti ini, anda juga sudah jimat sekitar RM15 🙂

Paling penting bila ada statement macam ni, boleh pantau duit anda yang keluar masuk. Walaupun tak banyak, tetapi penting. Mana tau kemudian hari nak track record mana-mana transaksi yang anda tidak perasan. Simpan tiap-tiap bulan pun bagus untuk kegunaan penting di lain hari.

Sebaiknya, kalau rajin, simpan la penyata bank ini untuk kemudahan dan kegunaan di lain hari.

MrJocko.com

Baca : MrJocko dan Financial

About MrJocko

MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000. Previously has contributed to local and international publications. MrJocko writes for MrJocko.com, Blooggers Media and Producer for TV Travelogue 'You Eat We Pay' and now looks forward to exploring even more of Malaysia and Southeast Asia for 2018.

View all posts by MrJocko →

6 Comments on “Camana Nak Print Online Statement Maybank2U Dengan Mudah”

  1. statmnt ni mmg akan keluAR last yg 3bulan lepas punye ker? cntuh skank bulan 9..statment last bulan 6 boleh dpt..yg bulan 7 n 8 xboleh tgk lg eh?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.