Saturday, April 07, 2012

Resipi Omelet MrJocko

Jumaat, semalam, aku ambik leave. Dah malas rasa nak pergi kerja. Kenapa, malas dah nak deal dengan boss yang tak reti-reti bahasa. Kerja tak da masalah, tapi bila deal dengan orang cam tu, rasa macam kerja dengan mereka yang hanya pandai "bercakap" sahaja.

Tak per, ignore jer pasal ofis, kita citer pasal MrJocko jer,,, hahaha

So, pasal cuti, duk rumah jer la kalau tak der kerja lain. Pagi hantar anak ke rumah bibik, lepas tu balik rumah siapkan mana-mana kerja business Unit Trust aku yang belum aku siapkan. Dah abis susun form, isi form, perut rasa lapar, rupa nya aku belum sarapan.

Masuk dapur, aku lihat ada telor dalam fridge, apa lagi, aku rasa macam nak masak omelet jer la, simple. Tapi tak leh nak buat best-best pasal bawang, cili tomato hijau besar dan carrot semua  tak ada. 

Lapar punya pasal, aku goreng telur ni simple sahaja. Siapa nak belajar cara masak Omelet, aku boleh share cara mudah yang aku buat. Resipi menu telur Omelet simple, bila cuma campurkan telur dengan Mayonis sahaja, lepas tu goreng dengan api sederhana. Biarkan selama 3 minit. Siap. Campurkan Sos Cili atau Tomato mengikut citarasa anda. Mudah kan...


Panaskan minyak,,,

mixedkan dengan Mayonis, kacau biar sebati,,,

cam aku goreng sedikit garing,,,

dah siap... sila makan,,, :)




So, pagi tu aku cuma breakfast Omelet biasa sahaja. Nampak simple, mudah, tapi rasanya tetap sedappp...


MrJocko.com

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998