Glamorous Travel Blogger

My Saving For Euro Trip

MrJocko Instagram

Generate Income From Shutterstock

Click Here

Steak Terbaik dan Murah di HR Steak House Kampung Baru

Steak Terbaik dan Murah di HR Steak House Kampung Baru

Kampung Baru memang terkenal dengan Syurga Makanan kalau di Kuala Lumpur. Sebut saja nak makan apa, biasanya semua ada. Nak makan masakan Pantai Timur, Utara, Selatan, selalunya memang ada. Kena rajin cari pelusuk kedai dan restoran, InsyaAllah jumpa.

Nak makan Thai Food, Tomyam, Laksa Kedah, Laksa Penang, Sup, Kuih Muih, malah Western menu, semua ada kat sana.

HR Steak House Kampung Baru

HR Steak House Kampung Baru

HR Steak House Kampung Baru

Kampung Baru memang terkenal dengan Syurga Makanan kalau di Kuala Lumpur. Sebut saja nak makan apa, biasanya semua ada. Nak makan masakan Pantai Timur, Utara, Selatan, selalunya memang ada. Kena rajin cari pelusuk kedai dan restoran, InsyaAllah jumpa.

Nak makan Thai Food, Tomyam, Laksa Kedah, Laksa Penang, Sup, Kuih Muih, malah Western menu, semua ada kat sana.

Semalam, kami singgah di HR Steak House, Kampung Baru, restoran makanan barat. Restoran ni berkonsepkan Western dan selang 2 – 3 langkah saja dengan Masjid Kampung Baru. Senang sajer nak cari.

HR Steak House Kampung Baru

HR Steak House Kampung Baru

Kami sampai jam 8.30 pm selepas Maghrib. Orang dah ramai kat restoran ni, tapi Alhamdulillah, dapat parking dan juga ada meja kosong. Kami duduk dan tunggu order. Kat sini yang masalahnya bab ORDER Makan sahaja. Kena tunggu lama gak nak ambik order. Ada la dalam 15 minits.

Tetapi dapat jer ambik order, korang tidak perlu risau kerana, air dan makanan yang korang order akan sampai di meja korang tak sampai 5 minits. Ini kerana mereka ada ramai pekerja di Kitchen. Mungkin nak susun ambik order sahaja yang susah.

 

HR Steak House Kampung Baru
HR Steak House Kampung Baru
Mix Lamb Grill untuk aku
HR Steak House Kampung Baru
Sirloin Steak untuk Wifey
Chicken Chop

Menu di HR Steak House Kampung Baru

Kami order Sirloin Steak satu, Mix Lamb Grill satu dan Chicken Chop satu untuk my kids. Cukup la tu. Air pulak, semua gelas besar, ambik Mangga, Tembikai dan Teh O Ais. Dah semua ada di meja, apa lagi, zaaasss makan ler…

Rasa Lamb Grill ni memang sedap. Kena pulak dia Mix dengan dua jenis Lamb yang berlainan. Rasa la kelainan. Sos BBQ dan juga sedikit Sos Black Pepper memang best. Yummy. Chicken Chop anak aku pun ada sos special. Tak pedas dan sesuai untuk budak-budak. Sirloin Steak Wife aku, rasa daging yang lembut. Walaupun di bakar, tebal, tapi masih sedap dan terasa daging yang sedap,,, Yum Yum,,, 

So, apa lagi, kalau nak makan menu Western yang sedap dan Murah, boleh ke HR Steak House Kampung Baru. Semalam aku makan semua ni, Sirloin Steak RM8.00, Mix Lamb Grill RM11.00 dan Chicken Chop RM7.00. Air buah gelas besar RM2.50 sahaja. Berbaloi-baloi kalau makan di HR Steak House…

 

 

HR Steak House Kampung Baru

 

MrJocko.com

Kalau nak cari hotel sekitar Kampung Baru untuk penginapan di Kuala Lumpur, boleh pilih dan jenguk bilik-bilik dengan harga berpatutan di sini Agoda.com

 

Similar posts
  • Review Angel Spa KL Publika Urutan 4 Bintang Ha... Publika lokasi shopping complex dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Ramai yang anggap ia lokasi elit dan mahal. Tetapi, ramai tidak tahu ada servis urutan Spa bertaraf 4 Bintang dengan harga bermula dari RM88 untuk 2 jam urutan. MrJocko kali ini membuat review Angel Spa KL Publika Urutan 4 Bintang Harga Berbaloi. Angel Spa Publika [...]
  • Review Restoran Little Bobby Chat House Tuaran Pengalaman shooting di Tuaran selama 5 hari memang best. lebih best, di sini ada banyak menu makanan tempatan yang sedap. Tetapi, sesekali cuba menu western atau kombinasi menu tempatan dan luar negara, juga agak menarik. MrJocko dan rakan Crew ambil kesempatan untuk Review Restoran Little Bobby Chat House Tuaran. Restoran Little Bobby Chat House ini [...]
  • Patin Tempoyak Yang Sedap Di Kuala Lumpur FREE ... Ramai yang duk kata, Patin Tempoyak negeri Pahang hidang menu makanan yang sedap. Ya mungkin betul, tetapi kalau anda di Kuala Lumpur, takkan semata-mata nak makan patin tempoyak, nak kena pergi ke Temerloh atau Jerantut? Ni ada pakej Patin Tempoyak Yang Sedap Di Kuala Lumpur FREE Delivery lagi. Nak tahu? Baca di bawah… Patin Tempoyak Yang [...]
  • Pelancaran Kuala Lumpur Bike Week 2016 Edisi Ke... Siapa sangka, acara tahunan untuk mat motor di Malaysia kini memasuki tahun ke sembilan. MrJocko baru sahaja selesai bersama-sama dalam Pelancaran Kuala Lumpur Bike Week 2016 Edisi Ke-9 di Restoran Saloma Bistro, MaTic Kuala Lumpur. Acara tahunan anjuran Red Garage Enterprise ini nampaknya semakin terkenal. Kuala Lumpur Bike Week 2016 atau KLBW2016 akan berlangsung pada 16 [...]
  • Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan Kuala Perlis bukan sahaja terkenal dengan pengangkutan jeti untuk ke Langkawi, tetapi ada menu makanan wajib yang anda mesti cuba kalau dah sampai ke sini. Inilah Kak Su Laksa Kuala Perlis Mesti Singgah Makan semangkuk dua. Ini makanan famous di Kuala Perlis. Apa yang membuatkan Kak Su Laksa ini terkenal? Ramai yang mengatakan bahawa menu yang [...]

Leave a Reply

Follow MrJocko


Adsense

MrJocko Fanpage

MrJocko Twitter

MrJocko Archives

Travel Blogger Stats