Steak Terbaik dan Murah di HR Steak House Kg Baru ~ Glamorous MrJocko

12 April, 2012

Steak Terbaik dan Murah di HR Steak House Kg Baru


Kampung Baru memang terkenal dengan Syurga Makanan kalau di Kuala Lumpur. Sebut saja nak makan apa, biasanya semua ada. Nak makan masakan Pantai Timur, Utara, Selatan, selalunya memang ada. Kena rajin cari pelusuk kedai dan restoran, InsyaAllah jumpa.

Nak makan Thai Food, Tomyam, Laksa Kedah, Laksa Penang, Sup, Kuih Muih, malah Western menu, semua ada kat sana. 

Semalam, kami singgah di HR Steak House, Kampung Baru. Restoran ni berkonsepkan Western dan selang 2 - 3 langkah saja dengan Masjid Kampung Baru. Senang sajer nak cari.




Kami sampai jam 8.30 pm selepas Maghrib. Orang dah ramai kat restoran ni, tapi Alhamdulillah, dapat parking dan juga ada meja kosong. Kami duduk dan tunggu order. Kat sini yang masalahnya bab ORDER Makan sahaja. Kena tunggu lama gak nak ambik order. Ada la dalam 15 minits. Tetapi dapat jer ambik order, korang tak perlu risau kerana, air dan makanan yang korang order akan sampai di meja korang tak sampai 5 minits. Ini kerana mereka ada ramai pekerja di Kitchen. Mungkin nak susun ambik order sahaja yang susah.



Mix Lamb Grill untuk aku

Sirloin Steak untuk Wifey

Chicken Chop

Kami order Sirloin Steak satu, Mix Lamb Grill satu dan Chicken Chop satu untuk my kids. Cukup la tu. Air pulak, semua gelas besar, ambik Mangga, Tembikai dan Teh O Ais. Dah semua ada di meja, apa lagi, zaaasss makan ler...

Rasa Lamb Grill ni memang sedap. Kena pulak dia Mix dengan dua jenis Lamb yang berlainan. Rasa la kelainan. Sos BBQ dan juga sedikit Sos Black Pepper memang best. Yummy. Chicken Chop anak aku pun ada sos special. Tak pedas dan sesuai untuk budak-budak. Sirloin Steak Wife aku, rasa daging yang lembut. Walaupun di bakar, tebal, tapi masih sedap dan terasa daging yang sedap,,, Yum Yum,,,

So, apa lagi, kalau nak makan menu Western yang sedap dan Murah, boleh ke HR Steak House Kampung Baru. Semalam aku makan semua ni, Sirloin Steak RM8.00, Mix Lamb Grill RM11.00 dan Chicken Chop RM7.00. Air buah gelas besar RM2.50 sahaja. Berbaloi-baloi kalau makan di HR Steak House...




MrJocko.com