Tuesday, May 01, 2012

30 Minit Bersama Ustaz Don Episod ke 100



Malam ni, Selasa, 1 Mei 2012, malam istimewa buat rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don yang sudah memasuki Episod ke-100.

Rancangan yang mempopularkan Ustaz Don ini disiarkan secara Langsung ke kaca TV korang melalui saluran ASTRO Al-Hijrah Saluran 114. Episod kali ini Ustaz Don bersama adik-adik penonton dan juga tetamu jemputan di Studio bersiaran selama satu jam bermula 9.30pm sehingga ke 10.30pm.

Dalam episod ini Ustaz Don lebih kepada berinteraksi dengan adik-adik penonton dan membaca kad Tahniah dari peminat. Sessi cerita kisah kanak-kanak dan remaja Ustaz Don dulu-dulu dan banyak lagi kisah peribadi Ustaz Don.

Pada yang terlepas peluang, boleh menonton balik ulangan Episod ini esok hari.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998