Barisan Nasional Akan Menang PRU13

Hits: 8

Rasanya Pilihanraya Umum ke 13 Malaysia akan berlangsung dalam masa terdekat. Perdana Menteri Najib sudah pusing satu Malaya menjalankan operasi mengambil hati rakyat. Dan rasanya sudah makin dekat masa untuk Kerajaan Malaysia, pihak pemerintah sekarang mengumumkan Pembubaran Parlimen untuk memberi peluang kepada Pilihan Raya Ke 13 di adakan.
Apa yang korang lihat ini adalah hasil kajian dan kaji selidik dari pihak MalaysiaKini berkenaan Siapa Yang Mereka Pilih Dalam PRU13 nanti. Mengikut bancian ini, seramai 49% memilih akan terus menyokong Barisan Nasional untuk meneraju Malaysia, 21% memilih Pakatan Rakyat dan masih ada 30% lagi yang masih belum pasti.

Kalau mengikut kaji selidik Pilihan Raya Umum ke 13 ini, di atas kertas, nampaknya Barisan Nasional akan kekal meneraju Kerajaan Malaysia.

Apa agaknya faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia masih lagi yakin dengan UMNO???
1. Mungkin kerana akhir-akhir ini banyak benefit, sumbangan dan hasil yang rakyat dapat hasil usaha wakil-wakil rakyat UMNO. BR1M, SR1M, Kedai 1Malaysia, Bonus Felda dan macam-macam lagi.
2. Ramai yang seperti tergugat dengan kredibiliti Anwar Ibrahim dan juga berita sensasi skandal Azmin Ali.
3. Penjawat awam yang nampaknya banyak dapat durian runtuh akhir akhir ini. Kenaikkan gaji, benefit dan mungkin ada kemudahan lain.
4. Faktor kacau bilau di dalam pakatan Rakyat, samada PKR, DAP dan PAS. Cerita Hassan Ali yang keluar parti dan beberapa pemimpin lain.

Ini pandangan aku semata, dan di ceritakan berdasarkan pandangan au sebagai rakyat biasa. Ini pandangan aku yang tak pandai dalam politik, mungkin salah mungkin tidak. Apa pun, harap pilihanraya Umum ke 13 ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

Mahukan Pilihanraya Yang Bersih dan Juga Aman. Apa guna kalau mahu bersih tetapi kacau bilau??? Selamat mengundi.

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.