Wednesday, May 09, 2012

Orang Felda Dapat RM15,000

 

Bertuah orang Felda. Katanya bulan ini akan terima duit lagi. Banyak pulak tu. Rezeki dan imbuhan dari pihak Felda kepada peneroka Felda.

Perdana Menteri, Najib Razak membawa berita gembira kepada 112,635 warha peneroka kerana beliau mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka selepas Syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Rata-rata peneroka Felda akan menerima imbuhan sekitar RM15,000 bagi setiap keluarga. Banyak tu.

Oleh kerana orang Felda ni selalu sangat dapat bonus, imbuhan dan duit-duit terpijak, aku nak sarankan supaya istilah Durian Runtuh di tukar menjadi 'Sawit Runtuh',,, ok tak?

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998