Tuesday, May 01, 2012

Perlawanan Piala FA Kedah vs Kelantan 1 Mei 2012



Updated : 
Kedah 2 - 2 kelantan
Kelantan menang dengan Agregat 3-3 Kelebihan jaringan di tempat lawan

Malam ni Kelantan, The Red Warriors, pasukan negeri kelahiran aku, pasukan pilihan aku, akan bertandang ke Stadium Darul Aman untuk perlawanan kedua, Piala FA menentang pasukan tuan rumah Kedah.

Dalam perlawanan pertama tempohari Kelantan sekadar seri 1 - 1 di Stadium Sultan Muhammad IV dan semestinya malam ni Kelantan perlu menang supaya dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

Misi yang nampak sukar jugak la pasal Kedah bermain di gelanggang sendiri, namun biasanya, bagi The Red Warriors, main di mana-mana stadium pun selalunya penyokong Kelantan akan turun memberi sokongan.

Semestinya aku harap Kelantan akan menang. Korang boleh saksikan perlawanan ini secara Langsung di Astro Arena 801 pada jam 8.45 malam dan live streaming Kedah vs Kelantan yang terpilih.

Gomo Kelate Gomo...

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998