Pickup GWM - Wingle 5 Murah Dan Berbaloi ~ Lifestyle Blogger Glamorous MrJocko

11 May, 2012

Pickup GWM - Wingle 5 Murah Dan Berbaloi



Hari Rabu yang lepas MrJocko singgah di Mydin Mall USJ dan merupakan bangunan Mydin yang besar dan tempat training staff-staff Mydin katanya. Memang ramai jumpa staff Mydin, samada yang kerja bahagian office, pemasaran, retail, sales assistants dan macam-macam position lagi. 

Kebetulan, new partner MrJocko ni kerjanya kat area sini, jadi kami singgah makan di Mamak Nasi Kandar. Dan area situ juga ada satu company Great Wall Motor atau GWM sedang mempromosikan produk kenderaan Pick-Up atau Whole Type Vehicle (Kenderaan Serbaguna) terbaru keluaran syarikat mereka. Kalay korang belum tahu, GWM ni adalah sebuah syarikat dari China dan kini memasarkan 2 produk kenderaan mereka iaitu Wingle 5 dan juga Haval H5 sebuah kenderaan SUV yang sudah memenangi award kenderaan SUV Terbaik Bawah RM120,000.






Aku nak share dan review sikit pandangan aku tentang GWM Wingle 5 ini. MrJocko sempat la pusing, belek dan tengok kenderaan Pick-Up Wingle 5 ini. Memang design pun nampak menarik. Paling menarik, harga yang di tawarkan untuk Wingle 5 ini cuma RM60,905 sahaja. Harga yang cukup murah berbanding kenderaan Pick-Up dalam kelasnya.

Untuk pengetahuan korang Wingle 5 ni datang dalam 4 jenis. Bermula dengan Wingle kelas Standard 4x2 2.5L, Premium 4x2 2.5L, dan kelas 4x4 2.5L dan juga Premium 4x4 2.5L. Pilih sahaja mana korang nak, lepas tu boleh pakai. Sesuai untuk yang suka kenderaan Pick-Up dan business kecilan. Spare Part untuk Wingle 5 ni pun murah berbanding kenderaan Pick-Up lain di dalam kelasnya kerana ia mempunyai usaha sama dengan Naza Motor.







Kalau aku tengok engine pun aku rasa cam confident. Banyak part dalam engine bay Wingle ini adalah hasil dari teknologi Toyota dan cuma sebahagian kecil sahaja menggunakan produk dari pihak GWM. Jadi, tak payah risau tentang kualiti produk GWM Wingle ini kerana kalau di China, kenderaan ini sudah di kenali dan sudah banyak menerimaa anugerah di atas pencapaian kualiti dan prestasi kereta GWM ini.

Untuk maklumat lanjut boleh korang terjah review dan spesifikasi/specification GWM Wingle 5 ini di laman web rasmi diorang GWM Wingle 5

MrJocko.com