Friday, June 01, 2012

Finalis Super Spontan Astro

Sedar tak sedar, rancangan Super Spontan Astro 132 Mustika akan ke kaca tv korang dalam episod Akhir pada malam ini jam 10.30 pm. Bermula dengan program Ramalan Super Spontan Akhir pada jam 10.00 pm dan mungkin akan mengutarakan persiapan peserta akhir Super Spontan serta ramalan orang ramai dan Pengulas Super Spontan siapa yang akan menjuarai Super Spontan Akhir pada malam ini.

Kalau di tanya siapa peserta akhir Super Spontan Akhir, mereka adalah Suhaimi, Tauke, Zizan, Ropie, Rahim dan Johan. Debaran makin terasa kerana pemenang akan membawa pulang RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.

Kalau tanya aku, aku rasakan undian peminat akan berpihak kepada Johan Raja Lawak. Apa pula kata korang???

Taip SS Nama Peserta dan hantar ke 32888. Undian pukal: SS3/5/10/20 Nama Peserta dan hantar ke 32888

Glamorous MrJocko

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998