Perfect Romantic Escape – Maldives

Hits: 55

Aku sememangnya suka travel. Sejak aku zaman Universiti lagi, aku dah suka travel. Kalau dulu travel secara ‘light’, pusing Malaysia, camping dan juga budget travel. Maklum la student, budget kecik.
Bila dah kerja, dah kahwin, cara travel aku dah berubah. Bila ada rezeki lebih dan peluang yang ada, aku plan percutian dalam dan juga luar Malaysia. Aku dan wife memang suka laut, kami juga suka pulau. Pun gitu, gunung dan kehijauan alam pun aku ON jer.
Kalau kat Malaysia, banyak tempat dah kami pergi. Antaranya Fraser Hills, Cameron Highlands, Penang, Langkawi, Genting, Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna, Kuantan, Mersing, Melaka, Alor Setar, Kuala Perlis dan hampir kesemua bandar utama Malaysia.

Fraser Hill tahun 2008
Genting Awana 2009

Hard Rock Cafe Penang

Hot Spring Ranau

Kalau luar negara, kami berpeluang ke Singapore, South Korea, Vietnam, Pulau Bali dan Bandung, Indonesia. Alhamdulillah, sempat la juga kenal negara orang. Ada yang kami pergi honeymoon berdua, ada juga kami pergi sekeluarga, bawak anak-anak sekali.

Kalau aku di beri peluang untuk travel dan honeymoon, aku tetap memilih untuk bercuti di Maldives. Impian itu masih di dalam perancangan kami, cuma kami masih lagi tidak berpeluang untuk honeymoon ke sana,  Kepulauan Maldives. Kenapa aku suka Maldives? Cuba lihat gambaran yang ada di Maldives. Pulau yang terpelihara, laut yang masih terpelihara, jernih hingga ke dasar serta pakej penginapan dan percutian yang memang bertaraf antarabangsa.

Kepulauan Maldives tidak la besar, tetapi keindahan yang ada di sana cukup membuat aku dan wife teruja. Di kelilingi lautan yang membiru, memang satu percutian yang betul-betul tenang. Tiada hiruk piruk bunyi bising kenderaan dan kesibukan kota. Yang ada hanya desiran air laut yang menghempas lautan dan pantai. 
Memang la aku bukan seorang scuda diver, tetapi aku suka snorkling melihat keindahan dasar laut. Maldives antara syurga dunia, pasti pengalaman terbaik jika dapat bercuti di Maldives bersama insan tersayang. 🙂
MrJocko.com
5 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.