Friday, June 01, 2012

Speed Test Wifi Di Tokyo dan Kuala Lumpur

 

Pada peminat Wifi dan juga Internet, semestinya korang ambil kira kelajuan Wifi dan Internet korang ketika surfing, download video atau bermain game online.

Biasanya kalau coverage Wifi dan Speed Wifi slow, nak tengok YouTube, download apa-apa, mesti akan ada buffer dan slow. Potong stim kan?

Aku nak share betapa jauhnya beza speed wifi yang aku buat di Narita, Jepun berbanding speed wifi member aku buat di Kuala Lumpur. Bayangkan camana beza kelajuan yang kita ada di negara kita sebenarnya perlahan hampir 3 kali ganda berbanding kelajuan Wifi di Narita, Jepun.

Pengiraan yang aku buat menggunakan aplikasi software Speedtest.net dan memang menunjukkan hasil sebenar kelajuan Wifi di Narita, dengan mengggunakan server di Tokyo. Ping 37 ms, Download 14.75 Mbps dan Upload 16.59 Mbps.

Kalau di Tokyo, aku bayar RM20 untuk kegunaan sehari (24 jam) dan kelajuannya amat la memberansangkan. Sangat puas hati bila guna teknologi yang begitu advance. Agaknya bila la Malaysia nak capai kelajuan internet seperti Jepun?

 

10 comments:

sashisez.in said...

kita punya bored-band speed syok sendiri, compare dengan negara membangun lain, jauh panggang dari apai

Keringgee said...

Siapa cakap tak ada kat Malaysia? Kalau boleh batar RM20 sehari, >20mbps kau boleh dapat kat KL.
Slow bored-band is what you get for <RM100/mth.
Jocko, jangan malukan negara sendiri. Benda tu ada. Kat Bank dah smpi 50mbps.

MrJocko said...

Sashi - aku setuju
Keringgee - RM20 di Tokyo sama cam nilai RM2 di sini,,, so cheap, cuba try sendiri than baru hang faham maksud aku, bukan nak rendahkan Negara sendiri, ini realiti yg aku sendiri alami...

azri johan said...

only in Malaysia :'(

Keringgee said...

Ok. Betulkan "RM20" dalam article tu.
Yes, memang betul Malaysia lambat sikit untuk menikmati teknologi yang datang dari negara lain. Malaysia bukan negara yang mencipta, kita adapt aje teknologi ni. So untuk dapat apa yang anda rasa terbaik di Jepun, Korea sikit masa lagi akan datang juga. Untuk harga, Itu saya tak boleh komen.
Cuma kecapaian 10-50mbps memang dah lama ada dah kat KL.

Zarul Umbrella said...

heheeh aku suka bila online kat jepun..hujung bulan ada 4 hari kat sana..

hazman aka species1980 said...

Gitulah bro... kalau nak kelajuan camtu kena amik UNIFI je laaa... huhuhu

MrJocko said...

Hazman - sponsor kawe unifi la sebulan dua, buleh,,, hihi

Allz Nie said...

Mcmna mau bli wifi sdri d tokyo jpun?kwn sy sgat memerlukan wifi skrg.huhuhu

Allz Nie said...

Mcmna mau bli wifi sdri d tokyo jpun?kwn sy sgat memerlukan wifi skrg.huhuhu

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998