Tempat Menarik Di Bali Indonesia Perlu Korang Lawati Sepanjang Tahun

Tempat Menarik Di Bali Indonesia Perlu Korang Lawati Sepanjang Tahun. Ini adalah pilihan MrJocko bila pertama kali ke Pulau Bali Indonesia.

Untuk kawan-kawan yang bercadang nak melancong atau bercuti di Pulau Bali, Indonesia, MrJocko nak kongsi beberapa tempat menarik di bali yang pernah MrJocko lawati ketika bercuti di sana. Nak dapatkan senarai hotel murah di Bali, boleh survey di sini : 

1. Pusat Kesenian dan Kraftangan Ubud

Kawasan ini adalah kilang membuat kraftangan menggunakan perak dan emas. Kesemua hasil di sini di buat menggunakan tangan dan punyai hasil seni yang halus. Kalau korang berminat, boleh beli terus di sini kerana harga di sini jauh lebih murah dari harga yang di jual di kedai. 

 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

2. Pusat Lukisan dan Kesenian Semar Kuning.

Di Semar Kuning ini adalah pusat pelukis-pelukis berkumpul dan melakukan aktiviti melukis dengan menggunakan kepakaran masing-masing. Masa MrJocko singgah sana, terlihat ada pelukis muda yang berumur seawal 12 tahun. Mereka begitu teliti melukis dan mengecat hasil ilham mereka. Peminat lukisan, korang mesti singgah sini.

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

3. Kintamani

Gunung Berapi yang dikatakan masih lagi aktif ini terletak di Pulau Bali. Pemandangan indah gunung dan tasik sekitar memang menawan hati. Tetapi, di kaki gunung Kintamani ini masih terdapat perkampungan asli yang mana masih mengekalkan adat kepercayaan yang “meletakkan mayat” di atas tanah sehingga mayat itu reput. MrJocko dengar pun serammm…

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia  

4. Kechak Dance

Tarian Kechak di Bali ini aku nampak macam satu jenis pemujaan dan adat masyarakat Hindu di Bali. Banyak mentera dan jampi di dalam permainan Kechak Dance ini. Kalau di Malaysia, ia umpama tarian Kuda Kepang di Johor dan Puteri di Kelantan. Cuma Kechak Dance ni nampak lebih rancak berbanding Kuda Kepang dan Puteri

Tempat Tempat Menarik Di Bali, IndonesiaTempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

5. Jimbaran

Salah satu tempat yang mesti korang singgah kalau ke Bali. Di Jimbaran ada deretan kedai makanan hasil laut yang korang boleh pilih samada nak makan Lobster, Udang biasa, Ketam, Ikan Kerapu, Ikan Merah, Kepah dan segala hasil laut lain dengan harga yang jauh lebih murah dari Kuala Lumpur. Pemandangan di Jimbaran pula memang best kerana sebelah sahaja dengan Airport dan pantai Jimbaran.

 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

  

6. Tarian Barong

Persembahan tarian Barong juga terkenal di Bali. Tarian ni juga lebih mirip kepada cerita lama dan ada unsur-unsur Hindu yang masih tebal. Ada unsur sedikit pemujaan dan aku rasa tidak sesuai untuk kanak-kanak. 

 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

7. Pusat Jualan Kraft

MrJocko lupa nama kedai ini, tetapi di sini adalah satu tempat untuk korang beli gifts, hadiah dan kenangan cenderamata yang murah dan cantik. Paling aku teruja bila ramai staff di sini fasih berbahasa Jepun, France, Itali, Sepanyol dan juga English. Harga jangan risau. Harga semua automatik diskaun 50% jika korang adalah orang Malaysia. 

 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

 

8. Kuil Tasik Bratan, Bedugul

Salah satu kuil yang terkenal sehinggakan bangunan ini diabadikan di dalam salah satu matawang Rupiah Indonesia. Kuil yang di kelilingi oleh tasik. Di sini, yang unik dalam satu kawasan ia mempunyai Kuil, Gereja, Tokong dan Masjid yang saling berdekatan. 

Tempat Menarik Di Bali, Indonesia 

9. Tanah Lot
Antara Kuil Hindu yang terkenal dan aku rasa paling famous di Bali. Kat sini memang besar kawasannya dan kawasan kuil terletak di tepi Pantai. Di sini juga ada sarang Ular yang menjadi habitat dan juga katanya penjaga Kuil Tanah Lot.

 

Tempat Menarik Di Bali, Indonesia 

10. Pusat Urut Sanur

Di Bali memang terkenal dengan Urutan Tradisional. Kalau di Bali, mesti singgah untuk mencuba urutan tradisional yang di tawarkan. Anda boleh mencuba pakej yang disediakan dan boleh mencuba samada urutan minyak ataupun urutan biasa. Memang best… 

 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

 

11. Restoran Bebek Bengil

Restoran ini adalah sebuah restoran yang terkenal di Bali, menyediakan makanan lauk utamanya Itik Kampung Goreng. Rasa memang sedap sehinggakan Tour Guide aku bagitahu, setiap kali Susilo Bambang kalau ke Bali, dia akan singgah makan di sini. 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia 

12. Pusat Perusahaan Kopi Luwak

Dalam perjalanan dari Kintamani ke Legian, memang banyak gerai kecilan yang membuat dan memproses Kopi Luwak yang terkenal di Bali. Bagi yang berminat, boleh singgah cuba dan membeli Kopi Luwak di sini dan ia jauh lebih murah. 

 

Tempat Tempat Menarik Di Bali, Indonesia

 

Sebenarnya ada banyak lagi tempat tumpuan pelancong dan tempat menarik di Bali, Indonesia, tetapi tak sempat MrJocko nak share semuanya di sini. Lagipun tempat menarik di Bali boleh dikatakan subjektif kerana lain orang lain minat dan tujuan bila bercuti ke Bali.

Apapun terpulang kepada anda semua. Bagi MrJocko, tempat menarik di Bali memang banyak, cukup la MrJocko kongsi 12 tempat menarik yang pernah MrJocko lawati.

Glamorous MrJocko

About MrJocko

Travel Blogger Malaysia, Influencer and TV Host

View all posts by MrJocko →

7 Comments on “Tempat Menarik Di Bali Indonesia Perlu Korang Lawati Sepanjang Tahun”

  1. hai Mr.Jocko, tempat2 bgambar tu mmg cantik. actually sy ke bali bln 10 ni. sy nak mnta pdpt.maklumlah br 1st time g bali.huhu.nak kesana kte prefer pakej ke atau just walk-in?n boleh tak u suggest kat sy hotel @ resort yg best tp tak mahal. 🙂

  2. saya cadang, pegi sendiri, sampai sana boleh pilih Tour Agent dan murah. Sewa motor murah,,
    nak cari tour agent murah di Legian atau Kuta,,, stay kat Legian pun OK, Tune Hotel pun OK

  3. hye Mr.Jocko…nak tanya sikit…kalau pegi sendiri tanpa tour agent dari malaysia ke bali berapa jumlah perbelanjaan keseluruhanya…terima kasih 😀

  4. demo bayar tiket kapal terbang, saya pernah dapat RM250 last month, return KL – Bali Denpasar,,,
    Hotel, boleh book Tune Hotel Kuta atau Legian, pun murah,,,
    kalau nak jalan2 di sana, beli map dan naik Motor. Sewa RM30++ sehari

  5. Please let me know if you’re looking for a article writer for your blog.
    You have some really great articles and I
    think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load
    off, I’d absolutely love to write some content for your
    blog in exchange for a link back to mine. Please shoot me an email if interested.

    Thank you!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.