Sehari sebelum puasa, MrJocko singgah kat satu Tabib Cina di Kepong. tujuannya nak buat Bekam Angin atau nama englishnya 'Cupping'. Dah lama dah teringin nak buat, tapi belum ada kesempatan. Asalnya nak bekam keluar darah skali, tapi tak jumpa tabib melayu yang sesuai. MrJocko pernah dengar, ada kawan rekemen buat di Semenyih, tapi jauh sesangat.
Oleh kerana MrJocko jenis takut darah jugak, maka buat bekam angin cupping dulu sudah la. Lagipun, dekat jer ngan rumah.
Buat cupping ni mudah jer. Mula-mula tabib tu ambik tekanan darah, pastu tengok camana keadaan kita. Bila tengok dah ok, baru proses bekam angin ni bermula.
Alat khas itu di steril semoleknya kemudian ditekap di tempat-tempat yang berkenaan di belakang badan. Tak ada cucuk jarum, tak ada torehan darah, cuma tekap dengan sedutan angin. Ini membuatkan kulit badan akan menyerap dan seterusnya buang angin yang ada. Alat itu akan di biarkan selama lebih kurang 30 minit.
Dah selesai 30 minit, korang boleh lihat kesannya. Tempat yang lebam teruk itu menandakan banyak angin dan perlu dibuat selalu. Hari tu, MrJocko kena bekam dengan 25 tempat dan selepas itu memang besttt.... rasa ringan sikit.
Lepas raya nak buat lagi :)




3 comments:
mmg tak sakit langsung eh wpun smpi ade yg hitam2 tu? huhuhu
tak sakit,,, lepas dia bukak,,, rasa memang rileks,,, ringannn
Badan kita semua nie memang selalu ada angin kan....nak kena pergi massage sekali nie
Post a Comment