Siapa lagi kat sini yang ada kad royalti Bonuslink? Selalu pakai tak? Macam MrJocko, selalu jugak pakai buat isi minyak petrol di Shell. So, boleh tahan jugak la points yang terkumpul di dalamnya.
Minggu lepas, MrJocko singgah di Shell Tol Jalan Duta, menghala ke highway Ipoh atau Subang. Kat sini MrJocko nampak banyak pilihan barangan yang boleh MrJocko buat Redeem On-The-Spot. Kebetuan points Bonuslink MrJocko dan melebihi 6,000.
Kalau nak tahu cara tebus mata Bonuslink dengan mudah di outlet Shell, MrJocko boleh kongsi di sini. Cara nak tebus points Bonuslink dan tukarkannya dengan barangan Redeem On The Spot mudah jer. Pergi ke kaunter, beritahu cashier yang anda nak tebus point Bonuslink, kemudian anda di minta untuk memilih barangan yang anda mahu tebus. Setelah memilih barangan yang nak di tebus, bawa barangan tersebut ke kaunter. Cashier akan meminta anda sekali lagi menunjukkan Kad Bonuslink anda dan masukkan no pin.
Satu borang pengesahan akan dikeluarkan dan anda akan disuruh tandatangan penerimaan barangan. Selesai sudah dan sudah boleh bawa pulang barangan Bonuslink Redeem On-The-Spot anda. Mudah kan???
Hari tu MrJocko tebus satu towel bernilai 2,500 points dan duaSet Alat Tulis The Chipmunks bernilai 1,800 points setiap satu. Masih ada baki, boleh gunakan kemudian. Untuk maklumat jumlah points dan nilai tebusan setiap barangan, boleh layari BONUSLINK Website.
MrJocko.com



