Bulan May, MrJocko buat permohonan Kad Pengenalan atau MyKad baru di JPN Wilayah di cawangan Solaris Hartamas. Sangat mudah kerena kebetulan masa tersebut orang tak ramai.
Oleh kerana buat kat cawangan JPN, masa menunggu antara sebulan sehingga tiga bulan untuk mendapatkan MyKad gantian.
Last week MrJocko Semak Status Permohonan MyKad melalui laman web JPN, sangat mudah. Caranya masuk sahaja ke laman web Jabatan Pendaftaran Negara, klik bahagian 'Semakan Status Permohonan MyKad'.
Dan sekiranya MyKad anda sedia untuk diambil, akan keluar status semakan seperti di atas. So, mudahkan?
Untuk semakan status permohonan MyKad melalui semakan SMS, anda cuma perlu tekan "JPN MYKAD No IC" hantar ke 15888. Setiap sms akan di caj RM0.15 untuk PENGHANTARAN dan RM0.20 untuk PENERIMAAN.




