Monday, July 09, 2012

Gambar Kejadian Amuk Di Jabatan Perdana Menteri 9 Julai 2012

Gempar : Satu kejadian Amuk menggemparkan kawasan sekitar bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya di Parcel B apabila seorang lelaki dan seorang perempuan masuk dan memecahkan beberapa cermin kereta sekitar tersebut.

Kata info terbabit, kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang, Isnin, 9 Julai dan punca lelaki dan perempuan tersebut mengamuk di JPM belum di ketahui. Info tambahan, mereka menggunakan pisau panjang yang dipercayai pedang ala Samurai ketika amukkan tersebut.

Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan dan mengenai lengan suspek, selepas 3 kali amaran pihak polis tidak di endahkan. Polis terpaksa bertindak demikian kerana bimbang suspek menggangu keselamatan orang awam lain sekitar bangunan JPM Parcel B tersebut.

Ada gambar tentang kejadian amuk di JPM, boleh tengok sekeping dua kat sini.

Kredit : Internet dan Tukang Ambik Gambar

Glamorous MrJocko

2 comments:

AlyzaFisol said...

nak tau gak ape punca diaorg mengamuk semalam...

MrJocko said...

kata pasal dia tuntut ajaran sesat,,, tapi takkan sampai nak serang Putrajaya Sorang- Sorang???

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998