Semasa aku jalan-jalan di Euno Street, Tokyo, aku sempat terpandang iklan rumah sewa di kawasan tersebut. Iklan yang berada di lorong pejalan kaki ni sememangnya menarik perhatian aku kerana harga sewa rumah atau bilik tersebut sangat lah mahal kalau berbanding dengan Kuala Lumpur.
Cuba lihat rumah atau bilik yang di iklankan tersebut. Dengan harga sewa serendah ¥98,000 sebulan bersamaan RM3,900 sebulan dan saiz rumah tersebut hanya separuh saiz apartment di Kuala Lumpur.
Kalau nak besar sikit, ambil yang harga sewa ¥125,000 bersamaan RM5,000 sebulan. Itu hanya harga sewa untuk menetap di bandaraya Tokyo, cuba tambah kos makan, minum, pakaian, transport, aktiviti riadah dan macam-macam, mau terkejut bila kita lihat sendiri kos sara hidup yang sangat mahal di bandaraya Tokyo.
MrJocko.com

