Hebat betul produk Samsung Galaxy SIII ni apa bila khabarnya Samsung Electronics telah menjual lebih 10 juta unit model terbaru Galaxy S III, sejak dilancarkan dua bulan lalu.
Syarikat pengeluar smartphone dari Korea Selatan itu yang bersaing dengan produk keluaran Apple telah melihat permintaan tinggi terhadap telefon Galaxy S III yang telah dipasarkan di Eropah sejak Mei lalu.
10 juta unit dalam masa hanya dua bulan terjual seluruh dunia, bayangkan berapa banyak keuntungan yang boleh Samsung dapat dalam tempoh tersebut. Nampaknya ini adalah produk terbaik Samsung setakat ini.
MrJocko pun tengah berkira kira nak beli Samsung S3 jugak ni, ermmm apa komen korang?


