Tuesday, July 31, 2012

Juadah Berbuka Di Tirai Ratus, Seksyen 3 Shah Alam

Buat pertama kali bulan Ramadhan kali ni, MrJocko singgah berbuka secara Buffet di Restoran Tirai Ratus, Seksyen 3 Shah Alam. Pakej yang ditawarkan kira murah berbanding harga biasa, RM19.90 sahaja bagi setiap dewasa, murah kan?
 
Walaupun jauh, ke Shah Alam tak jadi masalah kerana kebetulan hari tu, Sabtu, MrJocko buat kelas untuk group MrJocko di Seksyen 15 Shah Alam. Dah sampai sana, baik berbuka di Shah Alam terus kan?
 
 

 

 

Di Tirai Ratus Shah Alam ni banyak menu yang disediakan. Antaranya, Nasi Beriyani Kambing yang sedap. Ayam Masak Kurma, Ayam Goreng, Gulai Kampung, Ikan Tenggiri Berlada, Daging Lemak, dan juga sayur-sayur pakis dan kangkung.
 
Kuih pun ada banyak jenis seperti onde-onde, kuih pelita, karipaps, sagu dan juga agar-agar. Ada pencuci mulut bubur dan juga manisan lain. Di tambah Air Bandung Cincau dan Cincau, memang best.
 
 
 

 

 

 

Berbaloi makan disana dengan harga cuma RM19.90 setiap dewasa di bulan puasa. Sedap dan sangat kenyang. Oh lupa, untuk kanak-kanak di bawah 7 tahun perlu bayar RM18.00 tiada diskaun. ;) Kalau ada peluang, boleh singgah makan lagi.

5 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

nyummy..lapaq ni! :)

hazman aka species1980 said...

banyak gak lauk pauk tue... berbaloi la harganya

MrJocko said...

Berbaloi2

daddydee said...

murah sungguh...nanti boleh mencuba..

MrJocko said...

murah, jimat dan sedap

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998