Sejak dari jam 3.45 pagi waktu Malaysia sudah ada tayangan Siaran Langsung Majlis Pembukaan Sukan Olimik London 2012. Ada siaran langsung menerusi Saluran TV2, Astro 812 dan 813. Nampaknya tiada siaran langsung menerusi TV3.
Pembukaan yang MrJocko rasa berbeza dari sebelumnya diaraj oleh pengarah Filem terkenal Danny Boyle yang bertemakan 'Isles of Wonder'. Satu padang stadium diubah dan menjadi sesuatu yang sangat wow! bagi MrJocko dengan ramainya pelakon dan props yang digunakan. Penceritaan secara ringkas tentang perubahan tamadun manusia dari dulu hingga sekarang. Hebatbla jugak.
Paling hebat bila Kontigen Malaysia membuat perarakan diketuai oleh Pandelela Rinong yang pernah memenangi Piala Emas dalam kejohanan Aquatik. Mungkin dia juga harapan Malaysia untuk emas dalam sukan kegemarannya itu.





