GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Giliran McDonalds Dedah Rahsia Sos Big Mac Burger

Selepas Menu Rahsia Coke didedahkan beberapa bulan lalu, kini Cef Eksekutif Restoran McDonald’s Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger untuk Big Mac pula.Ini Giliran McDonalds Dedah Rahsia Sos Big Mac Burger.

Berita dari New York Daily News menyiarkan Coudreaut berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program ketelusan McDonald’s, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac. Mungkin pelanggan tersebut nak buat sos burger sendiri kot.

Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya, yang mana sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning, cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika.

Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia.

Kalau kat Malaysia, Burger Big Mac menggunakan Sos tersebut, kira tak halal la kan pasal ada guna Cuka Wain Putih? Tapi aku rasa kat sini diubah menggunakan ramuan resepi rahsia McDonald’s yang lain, kan?Ada sesiapa pekerja McDonald’s Malaysia kat sini?? 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.