Sunday, July 01, 2012

Tablet Google Nexus 7 Serendah RM600

 

Sehari dua ni aku dengar berita pasal Google memperkenalkan komputer tabletnya sendiri, Nexus. Google Nexus 7 ini dikatakan antara Tablet yang dilihat bakal memberi saingan kepada produk Apple, iPad dan Samsung Galaxy Tab.

Pengenalan komputer tablet bersaiz tujuh inci itu diumumkan secara rasminya pada satu persidangan pereka Google. Produk terbaru Google itu dikatakan boleh didapati dalam warna putih-hitam dan mempunyai cip asas, Tegra3 selain menggunakan sistem operasi Android.

 

Cuba tengok gambar Google Nexus 7 ni, adakah sama seperti design Asus sebelum ini? Nexus 7 ini dilaporkan akan dijual pada harga kompetitif iaitu AS$250 (RM775) untuk model 16GB dan AS$199 (RM616.90) bagi model 8GB.

Laman web telekomunikasi, Phone Arena mendedahkan imej yang dipercayai komputer tablet baru keluaran Google tersebut yang dikatakan mengikut ciri-ciri yang diperkenalkan oleh Samsung Galaxy.

Daripada gambar tersebut, Nexus dilihat mempunyai dua kamera. Antara spesifikasi utama untuk Google Nexus 7 ni ialah paparan saiz 7 inci dengan nisbah 1280 x 800 HD skrin. Menggunakan processor Quadro Tegra3 dan 1GB Ram. Cermin menggunakan scrath-resistant corning glass dan ia membawa maksud tahan calar.

Kamera depan 1.2 Mp, Bluetooth, Micro USB dan NFC. Nexus 7 ini menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean. Menggunakan bateri kapasiti 4,325mAh dan tahan selama 8 jam.

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998