Tuesday, July 10, 2012

Tayar Kereta Dah Rosak,,, Duit Lagi,,,



Semalam MrJocko kena juga singgah kat kedai servis tayar kereta. Nak tak nak kena tukar jugak tayar baru kerana tayar lama sudah rosak dan memang perlu di ganti. 

So, kebetulan ada nak jumpa klien kat Shah Alam, MrJocko singgah di ofis Shah Alam, Seksyen 15, singgah terus di kedai Tayar berdekatan. Maka mintak la Pomen situ tengok-tengokkan tayar dan rims sekali. Dah bukak, check makan confirmed, 2 biji tayar telah rosak. Permukaan dah ada gelembung. Pastu rims satu bengkok, aiyyyo,,, kena repair kalau nak puas hati.

Sekali kira-kira, harga tayar yang di tawarkan kat kedai tu agak mahal, RM280 sebiji, tapi memang tayar ada kualiti tinggi. Terpaksa la MrJocko tolak, tak jadi nak tukar tayar. Kena tunggu masa, nak ke Klang, tengok kat sana kot-kot ada pilihan lain yang lagi bagus dan murah.




MrJocko.com

Pemberitahuan

Kandungan coretan, penulisan dan gambar-gambar di blog MrJocko.com adalah pandangan dan pendapat peribadi penulis. Segala isi kandungan dan gambar-gambar yang mempunyai tanda MrJocko adalah hak milik peribadi dan BOLEH DI KONGSI UNTUK TUJUAN YANG BAIK SAHAJA. Namun begitu, MrJocko tidak akan bertanggungjawab di atas perkongsian tersebut.

Bagaimanapun semua berkenaan masih tertakluk pada AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998